2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PETALING
JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 13 Februari depan untuk
menyebut semula kes Konstabel V Navindran yang diperintah membela diri
atas dua pertuduhan pilihan mencederakan tahanan, A Kugan.
Hakim
Hayatul Akmal Abdul Aziz menetapkan tarikh itu selepas Timbalan
Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail, memohon tarikh sebutan
baru.
Kes
itu akan disebut semula di depan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Aslam
Zainuddin, yang mendengarnya sebelum ini di Mahkamah Sesyen Petaling
Jaya.
Navindran,
30, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di bilik soal siasat D9,
Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dekat sini pada 7 pagi dan 4 petang,
16 Januari 2009 mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika
sabit kesalahan.
Pada
19 Januari 2009, Aslam melepas dan membebaskan Navindran daripada
pertuduhan utama iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke
atas Kugan, suspek kes curi kereta mewah yang meninggal dunia ketika
dalam tahanan polis. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.