SHAH ALAM, 22 Jan: Penyokong
Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu
aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf di Dewan Orang Ramai
Jalan Kebun, semalam.
Akibat
daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan
cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar
Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
Berkata
kepada Harakahdaily, Penyelaras Kebangsaan Hindraf, W.Sambulingam
memberitahu penyokong Umno mula memasuki dewan menggunakan motosikal
pada jam 915 malam selepas lima minit program itu bermula.
"Hanya
selepas lima minit ceramah itu bermula lebih kurang lima belas orang
penyokong Umno memasuki dewan dan membuat kacau selain beberapa buah
motosikal juga turut memasuki dewan tersebut.
"Mereka
telah mengeluarkan kata-kata kesat yang berbentuk perkauman serta
mengarahkan orang Melayu yang berada di dalam dewan keluar dengan
menyifatkan ini antara Umno dengan orang India sahaja," jelasnya.
Beliau
juga memberitahu, Umno mengeluarkan kata-kata menghina kaum India
seperti "India keling","kumpulan pendatang","tak malukan Melayu
bergabung dengan India" serta "India hanya buat kacau sahaja di sini".
Tambahnya
lagi, penyokong Umno mensasarkan orang India sahaja apabila dilihat
hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan orang Melayu dan Cina
yang turut berada di dalam dewan itu.
"Sasaran mereka adalah orang India apabila salah seorang dari mereka mengatakan ingin mengajar orang India.
"Keadaan
mula menjadi semakin kecoh apabila mereka bertindak menyerang
menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata
memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan,"
sambungnya lagi.
Tambah
beliau lagi, tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap perkauman Umno
yang mana mereka sebenarnya merupakan sebuah parti yang rasis bukannya
seperti yang dilaungkan oleh mereka selama ini 1 Malaysia.
Sementara
itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud melalui twitternya
menyifatkan konsep 1Malaysia gagal diterap kepada penyokong Umno.
"Orang
India tidak selamat di kawasan Umno dan menyifatkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak menyiapkan keranda untuk 1 Malaysia.
"Pemimpin Umno Kota Raja dan Jalan Kebun perlu bertanggungjawab dalam kejadian tersebut," katanya melalui twitter.
Dalam
pada itu Chegu Bard juga melalui twitternya memberitahu mereka (Umno)
cuba bakar sentimen perkauman tetapi dalam masa yang sama mereka turut
memusnahkan gerai milik orang Melayu yang datang untuk mencari rezeki.
"ABU
bukan untuk satu tetapi milik semua rakyat, apa yang dilakukan oleh
Umno jelas bersifat perkauman dengan mencaci kaum India.
"Pemuda Umno harus bertanggungjawab dalam kejadian tersebut," kata beliau melalui twitter.
Sebelum itu, turut hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan juga beberapa pemimpin parti yang lain.
Buat masa ini laporan polis belum dilakukan kerana menunggu khidmat nasihat dari peguam.
Kerengga
Sebenarnya samseng2 itu menolong kita supaya RAKYAT BENCI kepada UMNO/BN - Walaupun kita sedikit marah dengan tindakan samseng mereka, tapi dari segi POLITIK, mereka membantu kita untuk MENANG PADA PRU 13....yang diatas PAGAR, tentu sekali BENCI dengan tindakan samseng2 ini....
ReplyDelete