Followers

Monday, September 26, 2011

PANAS!! Umno-APCO Peralat Pelajar UKM Pula!!

 
Banyak sangat kang kong kat dalam universiti
kita sampai dah tak tau mana spesis kang kong
belacan dengan kang kong petai kah kah kah...

Selepas kita menyaksikan "drama swasta" arahan Najib Altantuya di Straits Quay, Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi dengan paksaan dan kerahan supaya pelajar sekolah seluruh negeri turun menyambutnya, kini kita mendengar pula nun di Bangi, Selangor pula Umno-APCO memperalatkan mahasiswa baru yang baru mendaftar beberapa minggu lepas.

Keluhan seorang ibu mengenai anaknya yang diharapkan tekun belajar di menara gading hancur dengan sebuah panggilan telefon dari si anak yang menyatakan bahawa Umno-APCO memaksa seluruh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai program khidmat masyarakat anjuran Umno-APCO Serdang yang diketuai Ketua Pembangkang negeri, Satim Diman.


Hancur luluh hati seorang ibu apabila anaknya dilacurkan sebegitu murah dalam program yang tidak ada kena mengena dengan jurusan yang diambil.


Sudah menjadi kelaziman Umno-APCO mempergunakan mahasiswa untuk tujuan politik terutamanya program masuk kampung dan bertanyakan penduduk sama ada menyokong parti reput tersebut atau sebaliknya.


Berselindung dengan pelbagai nama muluk dan disusuli dengan fitnah terutamanya kes liwat Anwar Ibrahim serta menakut-nakutkan penduduk kampung telah sebati dengan program propaganda Umno-APCO untuk terus berkuasa.


Apakah Sharipah Hapasah Naib Canselor sanggup diperkudakan parti politik demi kepentingan peribadi semata-mata kerana takut kedudukannya tergugat dengan persatuan mahasiswanya tidak sealiran kecenderungan politik dengan pentadbiran universiti?


Sungguh memalukan, patutlah ranking UKM tak pernah mencecah 250 sepanjang penubuhannya pada 1972!


Jadi tak payahlah Khaled Nordin berlakon lagi gertak AUKU kepada mahasiswa selepas ini sebab semuanya sudah terbarai!

JALAN PULANG


Kegembiraan saya apabila anak kesayangan mendaftar di UKM salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia pada 7 haribulan yang lepas, bagaikan lenyap sekelip mata apabila mendapat panggilan telefon daripada anak menyatakan bahawa dia terpaksa mengikuti program khidmat masyarakat dengan kerjasama UMNO kawasan Serdang awal pagi tadi.


Saya agak tersentap selepas mendengar perkabaran daripada anak kerana dia memaklumkan sekarang sedang berlangsungnya Majlis Konvokesyen UKM.


Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat kecewa dengan pentadbiran UKM yang sepatutnya memberikan peluang kepada anak saya untuk mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior sebagai satu motivasi kepada anak saya yang masih baru dalam alam universiti.


Saya juga dimaklumkan oleh anak saya orentasi pelajar baru akan tamat pada 2 Oktober 2011.


Perkara ini juga sangat merunsingkan saya kerana dia tidak dibenarkan pulang oleh pihak kolej dan terpaksa mengikuti segala program yang dianjurkan oleh kolej.


Saya kesal kerana dia mengadu tertekan dengan aktiviti tersebut sedangkan sepatutnya dia didedahkan dengan keadaan persekitaran universiti yang kondusif.


Saya berharap agar pihak pentadbiran UKM mengambil serius akan keluhan seorang ibu.


Saya juga berdoa supaya anak saya menjadi insan yang banyak menyumbang kepada universiti.

Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.