Menurut sumber yang rapat dengan NGO itu, ugutan berkenaan dikesan diletakkan di pintu masuk premisnya di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, awal pagi semalam.
Sumber, yang juga arif dengan kes serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada awal bulan ini berkata NGO itu membuat laporan di balai polis Sea Park pada jam 10 malam semalam.
Laporan itu disahkan oleh seorang anggota polis yang menerimanya walaupun butiran laporan berkenaan tidak didedahkan.
"NGO ini mengendalikan sebuah pusat untuk ibu-ibu tunggal dan mereka yang hidup dengan HIV/AIDS serta menjalankan sebuah pusat tuisyen untuk kanak-kanak miskin. Mereka kini amat takut dengan keselamatan golongan itu, terutamanya kanak-kanak. Mereka telah memindahkan operasi ke tempat lain buat sementara waktu," kata lelaki yang enggan namanya disiarkan itu.
"Hanya individu wanita menerima panggilan itu. Sudah tentu kita tidak boleh pasti sama ada orang ini adalah benar-benar dari JAIS," katanya, sambil menyalahkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan identiti individu-individu berkenaan di internet.
Serbuan JAIS itu telah mencetuskan pelbagai kontroversi, dengan ada pihak yang menuding jari kepada pihak zakat kerana gagal membantu umat Islam yang miskin sehingga mereka terpaksa menagih simpati daripada gereja dan pertubuhan Kristian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.