Followers

Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0 : Lokman mahu saman Saifuddin RM500,000.99


NONE Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution yang didakwanya telah memfitnahnya mahu membakar ibupejabat PKR.

Dalam laporan tersebut, Lokman juga mendakwa Saifuddin memfitnahnya bahawa beliau mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi BERSIH 2.O, Datuk S Ambiga jika perhimpunan BERSIH diteruskan pada 9 Julai.

Lokman tiba dengan diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kimma menuju ke balai polis Tropicana - yang terletak bersebelahan ibupejabat PKR - pada kira-kira jam 12.50 tengahari.

Beliau kemudian bersama ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican masuk membuat laporan.

NONEKetika hendak masuk ke balai, penyokong AMK bersorak dan Reezal kelihatan cuba menghampir mereka.

Bagaimanapun, lima anggota polis bertindak menenangkan keadaan tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Manakala timbalan ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin turut kelihatan menenangkan ahli-ahlinya.

Dalam sidang media selepas membuat laporan polis itu, Lokman berkata, dakwaan Saifuddin itu adalah satu fitnah dan beliau menyaman bernilai RM500,000.99 terhadap setiausaha agung PKR itu.

Menurut Lokman, nilai saman tersebut ialah RM500,000 nilai dirinya dan RM0.99 nilai Saifuddin.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionBeliau menuduhkan Saifuddin sebagai pembohong besar kerana "takkan saya nak bakar bangunan PKR kerana ia milik Datuk Soh Che Wen yang tak belaga angin dengan Datuk Seri Anwar."

"Takkan kita nak bakar (bangunan) musuh dia, kawan kita," tegasnya lagi.

Lokman juga mencabar Saifuddin (kanan) supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR.

Katanya, beliau telah bertanya kepada kawan-kawannya, tetapi mereka berkata, beliau tidak mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.