Followers

Wednesday, May 18, 2011

TERKINI: Mahathir dimasukkan ke IJN - diterbitkan oleh PBO™

12.50 ptg.-KUALA LUMPUR 18 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara awal pagi ini kerana demam dan batuk.

Pegawai Khasnya, Sufi Yusoff berkata, Perdana Menteri keempat itu dimasukkan ke wad normal kira-kira 6 pagi tadi setelah dua hari menghadapi masalah itu.

“Beliau kini menerima rawatan antibiotik intravenous selain menjalani fisioterapi dada intensif. Dijangkakan beliau akan terus berada di IJN selama seminggu.

“Selain itu, doktor turut menasihatkan beliau berehat dengan tidak menerima kunjungan pelawat kecuali keluarga ahli terdekat ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.