Ribuan ringgit duit rakyat akan hangus hanya kerana hendak menghalang ceramah PR. Alasan tidak lain tidak bukan untuk menggagalkan ceramah PR atas arahan 'orang atasan'.
Permit ceramah tidak diberikan walaupun rayuan telah diajukan sehingga ke peringkat Ketua Polis Negeri. Tapak ceramah di Duyong Tengah sudah tentu akan bertukar bagaikan pengkalan penjenayah. Ianya akan dikepung bagaikan sekumpulan penjenayah disyaki terlibat bersembunyi di situ. Inilah demokrasi ala Malaysia. Demokrasi untuk memastikan kerajaan yang ada sekarang kekal memerintah.
Alasan permit tidak diberikan ialah kerana bimbang ada provokasi dari pihak lawan. Sepatutnya permit diberikan dan Polis datang bertugas menjaga ketenteraman supaya tidak ada pihak yang melakukan provokasi dan kekacauan. Sejarah membuktikan ceramah PR tidak pernah berlaku kekacauan kecuali ada pihak yang tidak bertamadun mengacau ceramah PR.
Macam-macam rupa Polis akan keluar, yang gemuk, kurus, bermisai, bengis, muka manis, baju merah, biru, topi merah, topi biru, baju biasa dan sebagainya akan keluar hanya dengan satu tujuan mengikut telunjuk orang atasan.
Semuanya kerana Anwar Ibrahim yang dikatakan manusia paling jahat di dunia akan turun berceramah. Mengapa mereka begitu takut kepada Anwar sedangkan mereka sendiri menuduh Anwar kaki betina, kaki liwat, kuda tunggangan Yahudi, alat DAP, pengkhianat Melayu dan bermacam-macam keburukan.
Jadi sepatutnya tidak perlulah mereka menghalang ceramah tersebut sebab sudah tentu tidak akan ada orang yang datang mendengar ceramah penjahat seperti itu. Tetapi mengapa mereka begitu takut???????
Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa majoriti rakyat tidak redha walau satu sen pun duit rakyat digunakan untuk kepentingan BN bukan untuk kepentingan rakyat.
MUTALIGAT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.