Followers

Tuesday, March 8, 2011

Dendam Tun Pada Anwar Dibawa Sampai Ke Kubur

Tun Dr Mahathir Mohamad bekas PM Malaysia, memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.


Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.

Juga Dr Mahathir menulis mengenai peristiwa yang membawa kepada pemecatan Anwar, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.
Hebat Tun. Tun juga pandai mencari keuntungan dengan 'kisah seks'. Untuk mensensasikan memoirnya, 'kisah seks' dijaja. Insyaallah Tun, memoir itu akan mendapat sambutan hangat.

Tun juga akan membawa dendamnya kepada Anwar sampai ke kubur! #Maroon5! Grab a #MaxisHTC
sumber: ek-ele

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.