Followers

Tuesday, March 8, 2011

Berbulu telinga aku... kahkahkah...

Dah berbulu telinga dengar penafian Najib dan pemimpin-pemimpin Umno bahawa Malaysia jauh berbeza iklim politiknya dengan Mesir dan negara negara Arab lain yang sedang bergolak tu.  

Betoi, memang tak sama iklim politknya dengan Malaysia, aku akui tu tapi Umno jangan ambil mudah kerana iklim tu boleh berubah sekelip mata saja sekiranya Umno dan BN sering membelakangkan demokrasi dan menipu rakyat. 

Malah sikap sambil lewa Umno dalam memperkasakan demokrasi negara, menyekat kebebasan bersuara rakyat secara halus akan menjadi “bom jangka” yang boleh meletup bila-bila masa.

Umno jangan sesekali bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau. Mendung yang seakan berlalu tak bermakna hujan takkan turun. Kemenangan mereka dalam pertempuran kecil tak bermakna kemenangan dalam peperangan besar dalam PRU ke 13 nanti. 


Kerana bukti bukti jelas bahawa kemenangan mereka dalam dua PRK lepas tidak berlandaskan demokrasi tulen. PR bukan menentang calon Umno tapi sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan. 

sumber: shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.