Followers

Wednesday, November 10, 2010

TERKINI : Khir Toyo Pulak Masuk Hospital suspect denggi

Berita yang baru sahaja diambil dari Portal BERNAMA berkenaan Bekas Menteri Besar Selangor yang dimasukkan ke hospital disyakki kerana denggi. Negeri Selangor ni sejak dulu lagi dengar cerita ramai orang kena Denggi terutama area seksyen 7. Harap Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah sewajarnya untuk memerangi nyamuk!

Sebelum dewan negeri senyap sunyi tanpa pembangkang akibat masuk hospital semua kerana denggi.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di Shah Alam pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.

ADUN Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira jam 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata, beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.

"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.

"Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad,” kata beliau.


Source: Khir Toyo Masuk Hospital suspect denggi - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/khir-toyo-masuk-hospital-suspect-denggi.html#ixzz14sggkKZj

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.