Followers

Thursday, November 11, 2010

SPR TAMBAH 300 RIBU AHLI RELA DISELANGOR ?

SEMUA KALUT NGAN PKR... SAPE KALUT PASAI TAMBAHAN UNDI POS DI SELANGOR?

Mana ahli-ahli PKR dan DSAI serta Khalid Berahim? Dalam sebuk PKR nak rebut jawatan Parti masa nih pulak lah UMNGOKNGOK buat pasai... Nak tambah undi POS di SELANGOR... Pasai kat Selangor jer yang PKR perintah wat masa nih... Negeri len tak tau lagi lah... So keep-up tekan UMNGOKNGOK supaya hormat negara Mesia bahawa negara ini bukan BAPAK depa punya wat suka hati jer...

Tambah RELA 300,000 orang di Selangor? WTHell going on!?

Jangan masa perlawanan baru nak bangkang tak guna dah masa tu.. Pengadil haram takan berhentikan perlawanan.... So sebelum PRU kite lawan... Jangan tgu...

Berita Hangit

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik umno Bn untuk menawan Selangor melalui tektik undi pos. Pas mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota RELA di negeri Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihanraya akan datang. Pas memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihanraya kerana ia adalah simpanan tetap BN. Sudah lama Pas menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihanraya. Baru-baru ini kita telah dikejutkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kumpulan pengundi ‘hilang layak undi awam’ yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). Pas menganggap ini adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok umno Bn tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.

Pas mengharapkan supaya semua jentera pilihanraya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario ini. Pas mengharapkan jentera Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen umno.

Dicatat oleh arus perjuangan di Rabu, November 10, 2010 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.