http://iskandar56100.blogspot.com/
Katanya komando-komando Yahudi itu telah diserang. Saya tidak fikir Jamuliddin Elias yang berada di atas kapal itu ada membawa machine gun. Begitulah cerita Yahudi, berdolak dalik, pandai berpura-pura dan mencari alasan.
Begitulah juga perangai pemimpin UMNO. Kononnya marah kepada Yahudi. Bersimpati dengan perjuangan rakyat Palestin. Tapi cerita sebenar adalah sebaliknya.
Dalam diam-diam UMNO dan BN menggunakan khidmat sebuah syarikat Yahudi, APCO, untuk menaikkan imej kerajaan Malaysia. Di antara ahli lembaga pengarahnya adalah bekas pegawai agensi perisikan negara haram Israel.
Rupa-rupa kita bukan bertarung dengan UMNO dan BN sahaja tetapi kita juga berhadapan dengan kepakaran Yahudi yang dulu, kini dan selamanya memusuhi umat Islam. Adakah taktik agensi perisikan Israel di Tebing Barat digunakan di Malaysia?
Parlimen juga digemparkan dengan pendedaham bahawa konsep 1Malaysia kemungkinan diciplak dari konsep 1Israel.
Itu baru APCO. Dalam satu persidangan antarabangsa pula, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf wakil Hamas yang telah dipilih oleh rakyat Palestin. Tetapi yang dijemput berucap adalah wakil Fatah yang telah kalah kepada Hamas di dalam pilihanraya. Wakil Hamas yang hadir telah diketepikan. Mungkin kerana Hamas dimusuhi oleh Israel maka kerajaan Malaysia pun mengenepikan Hamas. Ikut telunjuk Yahudi.
Kita pun masih ingat tahun 1997. Rakyat dibelasah oleh FRU di Masjid UM kerana membantah kehadiran pasukan kriket Israel di Malaysia. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap.
Tapi sekarang UMNO mahu menjadi hero. Kononnya mereka sama-sama di dalam perjuangan menentang keganasan Yahudi. Tapi orang kampung sudah tahu. Siapa penipu dan siapa yang berlakon.
YB Iskandar Abdul Samad,
Adun Chempaka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.