Followers

Monday, June 7, 2010

TIDAK ADA APA2 KEWAJARAN UNTUK ORANG MELAYU TERUS BERSAMA UMNO/BN

oleh : Rosdy b Hj Abdullah, PAS Batu Gajah, Perak.

Saudara/Saudari para pengundi/rakyat Perak. Wujudnya kita semua didunia ini adalah dengan satu misi besar iaitu untuk mengabdikan diri seluruhnya kepada Allah semata mata.


Maksud Al Quran : Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah (menghambakan) dan beribadat kepadaKu (Al-Zariyat: 56)


Antara misi besar Islam adalah untuk membebaskan manusia daripada apa saja kesyirikan dan penghambaan samada kepada nafsu, sistem hidup atau pun kepada individu-individu manusia lain. Memilih ideologi lain dan menolak hukum hakam Al Quran adalah juga satu bentuk syirik. Menghalalkan perkara haram seperti judi boleh MENGUGURKAN syahadah (Iman), memberikan kesetiaan kepada musuh-musuh Islam seperti Yahudi jelas ditegah didalam Al Quran.

Dalam sejarah, Yahudi berusaha untuk membunuh Nabi Nabi terutamanya Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW. Terikini Yahudi sedang merancang untuk merobohkan Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis dan setiap hari umat Islam Palestin dibunuh. Tiba tiba kita dikejutkan dengan berita Kerajaan Malaysia UMNO/BN berbaik baik dengan YAHUDI ?

APA KAITA UMNO DENGAN YAHUDI ?

Sejak Jun 2009, UMNO dibawah pimpinan Perdana Menteri baru Najib Razak secara angkut melantik APCO worlwide untuk menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia. Siapa APCO ? APCO adalah syarikat perunding antarabangsa dan beribu pejabat di Israel dengan dianggotai lembaga lembaga Pengarah individu penting yang pernah menganggotai tentera tentera dan perisik Israel. APCO juga dianggotai bekas duta duta Israel ke Amerika dan ke Jerman.

Di dalam parlimen didedahkan oleh Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim, bahawa Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM 77 juta kepada APCO. Alasan diberikan tidak ada di dunia ini syarikat sehebat dan sepintar APCO ! Kata Nazari Aziz (Menteri) Malaysia tidak ada pilihan !

APCO saja yang mampu memulihkan hubungan Malaysia dan USA (Amerika). Kata Nazri Aziz syarikat Malaysia tak layak dan tak ada Kelas ! Semua wakil wakil rakyat (MP) UMNO akur, kecut untuk membantah. Setelah diundi, Parlimen meluluskan peruntukan tambahan RM 28 juta kepada APCO. Wakil wakil rakyat UMNO lebih takutkan arahan Najib berbanding dengan perintah Allah SWT yang melarang umat Islam bersekongkol dengan Yahudi.

Saudara yang budiman,

- Relakah kita melaburkan wang kepada Yahudi yang bakal membeli peluru peluru roket dan pistol untuk membunuh umat Islam di Palestin? Apabila Yahudi beranjung di Putrajaya tentulah dalam masa terdekat banyak rahsia rahsia Negara akan menjadi milik mereka.

- Tidak ada kah lagi keyakinan UMNO kepada Allah SWT ? Sehinggakan UMNO mesti meletakkan segala harapan kepada Amerika dan Israel sebagai kunci kejayaan ekonomi negara.

DI TAMBAH DENGAN JENAYAH JENAYAH SILAM UMNO/BN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA DAN KEMANUSIAAN :

- Menyokong usul Amerika mengebom Iraq di Bangsa Bangsa Bersatu tahun 2003

- Membunuh Bank Bumiputera dengan hutang RM18 billion oleh kroni kroni UMNO.

- Meminggirkan pelajar pelajar Melayu dan bahasa Melayu melalui Dasar PPSMI (belajar Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris). RM5 billion dibelanjakan secara membazir.

- Menyerahkan satu demi satu wilayah Negara kepada pihak asing : Pulau Singapura (1965) Pulau Batu
Putih (2006), dua telaga minyak di Brunei bernilai RM320 billion (2009).

- Salah satu agensi agensi POLIS, Suruhanjaya Rasuah, SPR dan Jabatan Kehakiman yang di
peralatkan oleh UMNO/BN demi mengekalkan kuasa. Berapa ramai rakyat yang telah terbunuh
akibat kecuaian Polis. Yang terbaru remaja 14 tahun Aminur Rashid di Shah Alam dan seorang pelajar
Melayu 25 tahun di Skudai Johor. Polis angkuh enggan meminta maaf bahkan menuduh mangsa
mangsa tersebut sebagai penjenayah.

- Membiarkan angkara murtad dan gejala sosial ( lebih 200,000 anak luar nikah majoriti Melayu )
berkembang biak di kalangan orang orang Melayu. Penagih dadah 80% melibatkan anak Melayu.
Seorang penagih baru setiap 35 minit dan seorang anak luar nikah setiap 40 minit.

- UMNO & RASUAH seperti isi dan kuku. RM 28 billion setahun dibazirkan kerana angkara rasuah.
Kerugian demi kerugian kerana penyelewengan UMNO/BN :

PERWAJA TRENGGANU (12 BILLION) ZON BEBAS PELABUHAN KLANG (4.5 BILLION) EMPANGAN
BAKUN (1.5 BILLION). Skandal rasuah jet dan kapal selam (900 juta).

- Dan terkini UMNO meluluskan lesen PERJUDIAN BOLA PIALA DUNIA tanpa menghiraukan sentiviti
dan protes ulama ulama dan rakyat. PM Najib hanya tunduk kepad desakan tauke tauke judi yang
pasti menjadi penyumbang tetap kepada dana UMNO khususnya dana untuk membeli wakil wakil
Pakatan Rakyat. Rasuah dan judi adalah saudara kembar UMNO.

ADAKAH ORANG MELAYU TIDAK RASA BERDOSA UNTUK TERUS BERSAMA UMNO ?
YAHUDI ISRAEL DIJADIKAN TEMAN DAN PAKAR RUJUK, JUDI YANG MERUPAKAN DOSA BESAR
DIHALALKAN DAN KEDAULATAN NEGARA DIKORBANKAN.

"RAKYAT BAHAGIA TANPA UMNO - JOM BUAT PERUBAHAN DEMI AGAMA DAN NEGARA"

Sumbangan pemikiran daripada PAS PERAK - ROSDY HJ ABDULLAH, CAWANGAN PAS BATU GAJAH.

Posted by : ZAKRI ALI RANGKUTI

Updated 4 minutes ago · ·

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.