بسم الله الرحمن الرحيم
Bina segera sekolah Taman Scientex
Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my
MOHD. Azhar Othman (kiri) dan Ibrahim Idris menunjukkan tapak sekolah di Taman Scientex, Pasir Gudang yang masih belum dibangunkan lebih enam tahun lalu kini menjadi belukar.
Penduduk Taman Scientex, Pasir Gudang menggesa pihak berkuasa membina sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) di kawasan taman perumahan itu dengan segera bagi keperluan mereka.
Pada masa sekarang, kira-kira 750 pelajar sekolah rendah dan 600 pelajar sekolah menengah yang tinggal di Taman Scientex terpaksa bersekolah di luar kawasan perumahan mereka yang terletak agak jauh.
Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati, rata-rata penduduk berpendapat, keadaan itu menimbulkan banyak masalah kepada keluarga yang kebanyakannya berpendapatan rendah termasuk terpaksa menampung kos pengangkutan bas atau van sekolah yang tinggi.
Utusan Malaysia juga mendapati papan tanda tapak pembinaan projek bangunan sekolah telah dipasang sejak 2004, namun kawasan sekitarnya hanya dipenuhi dengan semak-samun.
Seorang penduduk, Nor. Azlin Abdul Hamid, 46, berkata, pada masa kini tiga anaknya berusia 10 hingga 14 tahun bersekolah kawasan Masai yang terletak kira-kira enam kilometer dari taman perumahan tersebut.
"Untuk tambang van sekolah sahaja, saya terpaksa memperuntukkan RM150 sebulan buat ketiga-tiga anak saya.
"Sekiranya sekolah tersebut dibina, saya dapat mengurangkan perbelanjaan kerana mereka boleh ke sekolah sama ada dengan berbasikal atau berjalan kaki," katanya.
Penduduk lain, Khaled Samad, 57, pula kesal apabila cadangan pembinaan sekolah di taman perumahan tersebut seolah-olah dipandang sepi meskipun masalah tersebut telah banyak kali diajukan kepada pihak berkaitan bermula sejak 2004.
Katanya, penduduk agak terkilan apabila hasrat untuk memiliki sekolah di taman perumahan tersebut sehingga kini masih ternanti-nanti sehingga kini walaupun pada masa yang sama ada bangunan sekolah baru di bina di kawasan lain.
''Saya harap pembinaan sekolah ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat demi memastikan keselesaan para pelajar," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Ahmad Daud yang menerima memorandum berhubung isu tersebut daripada wakil penduduk berkata, ia akan diserahkan kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengajian Tinggi untuk tindakan lanjut.
Katanya, pihaknya berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan segera agar isu tersebut tidak dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Note: Nak siap cepat? nak tengok bantuan datang mencurah2? senang jer... doakan la ahli parlimen korang tu cepat2 jalan. Tanpa PRK sampai ketua la korang dok menyalak..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.