Tak mustahil untuk menarik sokongan golongan pengundi-pengundi baru dalam PRU-13 nanti yang terdiri dari anak-anak muda yang dilihat "dekat" dengan Khairy, nama Khairy akan tersenarai juga dalam Kabinet baru PM Najib, walaupun secara "terpaksa".
Bagi aku, tak de hal kalau Khairy tersenarai dalam barisan Kabinet baru PM Najib sebab secara peribadi, aku tengok Khairy ada kekuatannya yang tersendiri. seburuk mana pun Khairy, kita terpaksa mengakui bahawa Ketua Pemuda UMNO ini adalah seorang yang kuat bekerja, punya karisma tersendiri dan bukan jenis "cakap tak serupa bikin" (kecuali dalam isu himpunan BERSIH dulu).
Lain-lain, memang Khairy sendiri ada buat banyak program-program mendekati anak muda walaupun kebanyakan program-program anjuran Khairy kita nampak macam program "buang masa".
Kita kena akui jugak, walaupun geng-geng "budak-budak mat rempit" sangat-sangat rapat dengan Khairy (mat rempit dipandang hina oleh kebanyakan ahli politik sempit), sekurang-kurangnya mereka-mereka ini dah pasti akan mengundi UMNO/BN atas usaha Khairy merapatkan diri dengan golongan ini melalui program-program "buang masa" anjurannya.
Yang tu pada aku bagus untuk UMNO/BN. cuma nasib Khairy agak kurang bernasib baik sebab tidak mendapat sokongan penuh Pemuda UMNO. kalau Khairy dapat sokongan penuh Pemuda UMNO, alamatnya sangat tak baik untuk Pakatan Rakyat.
Atas "nasib Khairy yang kurang baik itu", kekuatan Pemuda UMNO pada waktu ini hanya berada pada tahap 50% daripada kekuatan sebenar Pemuda UMNO.
Yang ni Pakatan Rakyat nak kena study balik. Pakatan Rakyat ada Pemuda PAS, Pemuda DAP dan juga Angkatan Muda KeADILan. 3 sayap penting dalam Pakatan Rakyat. nampak macam hebat, tapi realitinya - ke 3-3 sayap penting Pakatan Rakyat masih gagal menandingi Pemuda UMNO yang pada tahap ini boleh kita katakan sebagai "lembik'.
Kalau dah Pemuda UMNO lembik, 3 sayap utama Pakatan Rakyat kita nak panggil apa..? mungkin lemau sangat-sangat sesuai.
Apa yang aku nak bangkitkan dekat sini ialah kekuatan 3 sayap utama Pakatan Rakyat.
Pemuda PAS
Setakat ni aku tak nampak kekuatan Pemuda PAS dibawah pimpinan Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi. kalau tengok gambar memang nampak brutal, ada sikit-sikit iras The Rock, terutamanya kalau korang tengok gambar Nasruddin masa tengah mandi manda dekat air terjun (yang ni korang kena tanya Ali Bagan Utama).
Bab penampilan memang bergaya sangat-sangat, tapi kalau ambik dari segi Pimpinan, memang bagi aku - hancur sangat-sangat. lepas tamatnya pemilihan terakhir yang mana Ustaz Nasruddin dipilih sebagai Ketua pemuda PAS Pusat, aku tak nampak sebarang tindakan atau gerakan daripada pemuda PAS yang boleh menggerunkan Pemuda UMNO.
Setakat ni aku tak nampak pun Pemuda UMNO rasa tercabar dengan apa-apa tindakan dari Pemuda PAS. ada 3 kemungkinan bagi aku:
1 - Pemuda UMNO memang tak risau dekat Pemuda PAS.Yang tu korang kena fikir balik betul atau tak betul anggapan aku. macam biasa... nak terima, Alhamdulillah, tak nak terima - aku tak kisah.
2 - Pemuda UMNO tak tahu kewujudan Pemuda PAS.
3 - Pemuda PAS memang tak buat apa-apa.
Realitinya ialah, dalam keadaan Pemuda UMNO dan Ketuanya Khairy Jamaluddin "bukan sape-sape" dalam politik Malaysia, Pemuda PAS lagilah entah apa-apa dalam politik Malaysia. ibarat "melukut ditepi gantang".
Ada persamaan antara Pemuda PAS dengan Angkatan Muda KeADILan. tapi bagi aku, Angkatan Muda KeADILan levelnya lagi teruk dari Pemuda PAS. kalau pergi dekat ceramah-ceramah atau program-program anjuran PKR, AMK lebih kedepan sebagai "pengawal VIP-VIP atau Pimpinan PKR".
Pakai T'Shirt smart-smart, spek hitam, lepas tu cekak pinggang keliling pentas. dekat baju tertera Angkatan Muda KeADILan. punya la cikai AMK ni. PAS sekurang-kurangnya ada Unit Amal yang bagi aku levelnya tinggi sikit dari PDRM kalau bab jaga dan kawal lalu-lintas dekat program-program Pakatan Rakyat.
Kalau buat demonstrasi pun sama, aku tengok geng-geng Unit Amal lebih kedepan daripada geng-geng AMK dan juga Pemuda PAS. kalau tak de Unit Amal, Pemuda PAS terutama Ketuanya Nasruddin Tantawi pun kecut perut nak turun padang.
Geng AMK pun aku tengok banyak yang dok selindung belakang Unit Amal kalau pergi demonstrasi. FRU serang je semua hilang, tinggal Unit Amal basah kuyup dok bertahan walau kena tembak dengan watercanon dan jugak gas pemedih mata.
Selalunya lepas semburan atau tembakan pertama, kita dah susah nak kesan geng-geng AMK. yang ni memang selalu aku, geng-geng wartawan dan jugak blogger-blogger perati. kalau ada geng-geng SAMM pimpinan Chegubard, geng-geng ni je la yang tinggal dengan Unit Amal.
Balik pada AMK. sampai hari ni, aku boleh cakap - AMK dibawah pimpinan Ketuanya Shamsul Iskandar cuma pandai buat report polis sahaja. tak de program-program untuk tarik anak muda mendekati AMK (kecuali dekat Sibu hari tu ada la lebih kurang program tengok bola dengan anak muda).
AMK dibawah pimpinan Shamsul Iskandar hari ni terlalu jauh dengan para pengundi muda. Ketua AMK lebih berminat untuk berada "hampir" dengan Pimpinan Tertinggi PKR daripada berada dekat dihati anak muda Malaysia.
Shamsul memang rajin turun padang berdemo dan Shamsul juga sangat-sangat cekap menghilangkan diri dari berdemo bila kelibat polis datang.
Lain-lain Shamsul sebagai Ketua AMK cekap dalam membuat laporan polis. aku tak tau berapa banyak dah report polis yang Shamsul dah buat, tapi aku 100% yakin tak de 1 pun report polis yang Shamsul buat boleh menarik sokongan anak muda untuk mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.
Anak muda era baru tak minat dengan kerja-kerja buat report polis beb... nak pimpin anak muda dengan report polis..? apa sangat la "kewibawaan" yang anak muda nampak dekat diri tukang buat report polis ni..? adik-adik kita yang bawah umur pun boleh buat report polis Sam... tak payah jadi Ketua AMP Pusat pun kalau nak buat report polis.
Belajar tinggi-tinggi sampai jadi lawyer tak kan la setakat tu je kemahiran lu beb..? seBANGANG-BANGANG KJ pun, lagi ramai anak muda nampak "Karisma"nya tu... kalau Mahdet tak jadi kepala burukkan KJ dulu, aku dok rasa Azmin Ali pun bungkus kalau jadi pesaing KJ.
Dalam hal Pemuda PAS dan AMK ni, 2-2 nak kena perbetul balik "line" korang. carik balik apa yang korang patut buat sebenarnya. yang penting - anak muda. nak menang PRU-13, kena ada sokongan padu dari anak muda. kalau gagal tarik anak muda untuk sokong Pakatan Rakyat dalam PRU-13, jangan mimpi nak tawan putrajaya...
Jangankan Putrajaya, Hentian Bas depan Kompleks BERJAYA pun belum tentu korang dapat tawan..!
Untuk sessi akan datang, kalau KJ tersenarai dalam Kabinet baru PM Najib dan ke 3-3 sayap utama Pakatan Rakyat masih ditakuk yang aku sebut tadi, alamatnya cerah masa depan untuk Pakatan Rakyat bungkus.
Alasan paling kuat ialah, KJ bagi aku seorang yang sangat-sangat bijak dalam mengambil peluang dan kesempatan. kalau dah duduk dalam Kabinet, lagiii banyak program KJ boleh atur untuk dekati anak muda. bila dah jadi macam ni - Shamsul akan jadi makin pendek, Nasruddin pulak bakal menyusul. korang lawan sape paling pendek.
Pemuda DAP pulak agak kurang menonjol sebelum ni, tapi sejak akhir-akhir ni dah nampak perubahan. sepanjang yang aku tau, anak muda berbangsa Cina bagi sokongan padu pada DAP sebab Ketua Pemuda DAP rajin bekerja, rajin mendekati anak-anak muda berbangsa Cina dan banyak atur program untuk anak muda.
Pada AMK dan jugak Pemuda PAS, mintak tolong sangat-sangat perbanyakkan program-program dengan anak muda, cuba dekati anak-anak muda seboleh mungkin. program politik cuma dapat tarik minat anak muda sebanyak lebih kurang 20% sahaja. jangan cuba sogok anak-anak muda untuk minat berpolitik.
Cara paling baik, sediakan beberapa program bukan politik yang dapat tarik minat anak muda, lepas tu pandai-pandai la pikir selebihnya... tak kan semua aku nak kena guide..? aku buka Ketua Cabang atau Pemuda mana-mana parti.
Aku salah sorang dari anak muda yang nak tengok Malaysia berubah dibawah Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.