Posted by Anak Sungai Derhaka - Oleh: Tun Telanai
Apabila ada ura-ura SPR yang menjadi kuda tunggangan UMNO mahu meminda peraturan pilihan raya terutama pada hari penamaan calon akan mengambil masa tiga hari, saya teringat masa PAS lemah yang tidak ramai penyokong, SPR tidak pula mahu memindanya, tetapi apabila UMNO telah mengambil tempat PAS ketika PAS dihina dan diperlecehkan dulu, cepat-cepat SPR bertindak untuk memindanya dengan tujuan untuk mengelak pembesar UMNO mendapat malu besar di tengah-tengah hiruk-pikuk, sorak-surai orang ramai di hari penamaan calon kerana UMNO kekurangan penyokong.
Kini, UMNO sudah tidak ramai penyokong yang rela berpanas dan berhujan, apatah lagi untuk korban jiwa raga untuk UMNO. Kalau ada penyokong pun, mereka perlu disediakan pengangkutan diambil di depan pintu rumah.
Perlu disediakan duit poket, perlu sediakan makan-minum, T-shirt, cap dan sebagainya. Berbeza sangat dengan para ahli dan penyokong PAS. Mereka keluar duit poket sendiri untuk hadir memberi sokongan kepada calon parti yang akan bertanding tanpa mengharapkan apa-apa selain keredhaan Allah semata-mata.
Oleh sebab itu, saya cukup marah sekiranya ada individu-individu tertentu yang mahu membunuh perjuangan PAS seperti tindakan Nasharudin Md Isa itu. Beliau tidak pernah merasai pahit-maung ketidakadilkan, penindasan dan kezaliman berterusan yang dilakukan oleh UMNO secara sedar terhadap ahli, pendokong dan para pemimpin PAS. Ada activist PAS dan pemimpin PAS mati dibunuh.
Semua itu tidak mungkin dilupakan dan dimaafkan oleh ahli-ahli PAS marhaen di bawah. UMNO lebih zalim lebih dari parti NAZI di bawah pimpinan Adoft Hitler di zaman perang dunia ke dua dulu. Kezaliman UMNO terhadap bangsa Melayu boleh dibincang daripada banyak sudut. Dalam tulisan ini, saya tidak berhajat untuk membicarakannya.
Berbalik kepada PRU tahun 1990. Hari berkempen sudah bermula. Beberapa hari menjelang hari pengundian PRU ke-8 pada Oktober 1990, prospek Semangat 46 dan PAS bagi menewaskan UMNO bagi beberapa kerusi terbuka luas. Bagaimanapun, kesilapan perhitungan Tengku Razaleigh Hamzah yang telah bekerjasama dengan DAP dan empat hari lagi menjelang pilihan raya dan dengan PBS memberi kesan politik sebaliknya kepada Semangat 46.
PBS empat hari menjelang pilihan raya telah menikam Dr Mahathir dari belakang dengan bertindak keluar dari BN dan memulakan kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Pada mulanya Ku Li sendiri menilai bahawa tindakan itu menguntungkannya. Secara angkuh dia memberitahu para wartawan bahawa ekoran tindakan itu, soalnya bukan lagi samada Gagasan Rakyat pimpinan beliau akan membentuk kerajaan atau tidak tetapi berapakah majoriti yang bakal diperolehinya.
Pada waktu itu di mata Ku Li, UMNO sudah kalah. Tetapi kesilapan Ku Li memakai tengkolok Kadazan yang dikatakan mempunyai lambang salib bagaimanapun telah menukar nasib politik beliau dan Semangat 46. Perbuatan itu telah digunakan sebagai senjata berkesan oleh UMNO untuk membuktikan bahawa Ku Li sebenarnya bukanlah seorang pemimpin Melayu-Islam yang wajar disokong kerana beliau akan menjadi alat bukan Melayu dan Islam sekiranya menjadi Perdana Menteri. Ramai pemerhati mengatakan tengkolok bersalib yang melambangkan agama Kristian itu telah menyebabkan sokongan Melayu-Islam kembali semula kepada UMNO.
Ku Li tumpas kerana peranan `media massa'. Ku Li dan Semangat 46 tidak berjaya membentuk kerajaan yang disifatkan waktu paling tepat ketika itu untuk menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO kerana lambang salib yang dimainkan oleh media massa. Para pengundi Melayu-Islam ’terkejut' malahan mungkin sesetengah pemimpin pembangkang dengan isu yang dimainkan oleh `mainstream media' itu. Mereka tidak sempat untuk bertindak balas dalam jangka masa selama empat hari kerana UMNO sudah menguasai sepenuhnya `mainstream media'. Pimpinan pembangkang berkecamuk seketika dan akhirnya mereka bergerak bersendirian tanpa bantuan dari rakan-rakan lainnya.
Kini, sejarah itu akan berulang kembali dalam PRU ke-13 nanti. Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat sudah pun dilebelkan sebagai pengkianat Melayu dan PAS juga sudah dilebelkan sebagai pengkianat Islam. Anwar kini menghadapi saat-saat paling genting kerana kes liwat IInya itu akan membawa beliau ke penjara semula ketika kita sangat hampir berhadapan dengan PRU ke-13.
Ketika itu kepimpinan dalam Pakatan Rakyat akan mengalami kerencatan rentak, langkah tariannya sudah mula tempang, langkah tidak tersusun lagi akibat kehilangan kepimpinan dan yang paling ngeri sekali apabila terdapat setengah ahli, penyokong dan pemimpin tertentu akan menari mengikut paluan kompang UMNO. Anwar adalah symbol perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
UMNO berjaya dengan strategi ‘Devide and Rule’ atau ‘Pecah dan Perintah’. Cetusan idea Kerajaan Perpaduan oleh Haji Abdul Hadi Awang memberi keuntungan politik kepada UMNO. UMNO menggunakan idea tersebut mengaitkan hubungan dengan PAS sahaja. Strategi UMNO ini sememangnya sedikit sebanyak telah mewujudkan perselisihan yang agak runcing dalam PAS sehingga membawa satu seminar politik di Langkawi dan di Taman Melewar bagi mencari satu formula bagi membentuk satu kesepakatan semula di antara golongan yang anti UMNO dengan golongan yang pro UMNO.
UMNO juga berjaya memporakperandakan PKR yang menjadi tunjang dalam Pakatan Rakyat. UMNO bijak memanipulasikan keadaan dan mengambil kesempatan terhadap wakil rakyat PKR. UMNO tahu benar perangai dan watak pemimpin PKR yang keluar parti baru-baru ini, bermula di Perak, di Kedah dan kemudian di Pulau Pinang. UMNO tahu kerana mereka ini adalah bekas pemimpin UMNO. Oleh itu, UMNO memasang merangkap dengan menghulur duit jutaan ringit dan PUKI wanita jalang sebagai taruhan membawa mereka keluar dari PKR menjadi Wakil Bebas yang pro UMNO.
Isu-isu ini akan terus dimainkan sampai pada hari-hari kempen dalam PRU ke-13 nanti. Ia akan dimainkan hari-hari, siang-malam dan pagi-petang dalam media milik UMNO dajal laknatullah itu. Kedaulatan Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu, haq Melayu, keistemewaan Melayu dan kesucian Islam akan hilang dan lenyap sekiranya pengundi Melayu memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana dalam Pakatan bukan Melayu lebih dominan daripada Melayu. Manakala PAS pula akan dituduh sebagai pengkianat terhadap agama Islam. Media golongan barua ini akan memutarbelitkan fakta bahawa PAS sanggup mengadaikan prinsip Islam yang diperjuangkan selama ini kerana kepentingan politik untuk berkuasa dan untuk kepentingan peribadai.
Ku Li sudah merasai segala-galanya dan kini tiba pula giliran Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim berdepan dengan UMNO. Ku Li akhirnya mengangkat bendera putih dan tidak sanggup lagi berjuang menentang UMNO dan kembali kepangkuan UMNO pada tahun 1996. Kepulangan Ku Li dalam dakapan UMNO, maka berkecailah Gagasan Rakyat dan Perpaduan Ummah atas kebijaksaan UMNO mencaturkan strategi menghancurkan pakatan politik yang dianjurkan oleh Ku Li.
Kini tiba pula giliran Pakatan Rakyat untuk mengatur strategi dan bersilat dengan UMNO. Jangan ulangi sejarah Ku Li dengan S46nya. Jangan biarkan yang kuat [kerana UMNO ada kuasa dengan kuasa UMNO boleh beli apa sahaja, UMNO boleh menggunakan dan memperalatkan institusi-institusi kerajaan tertentu]. Jangan biarkan UMNO menang mudah. Jangan biarkan UMNO amalkan hukum rimba. Siapa kuat, dialah jadi raja. Persetankan apa yang disebut ikhlas, amanah, jujur tidak pernah wujud dalam kamus UMNO.
Isu kedaulatan dan ketuanan Melayu dan Islam sangat berkesan di kalangan kotak fikir orang Melayu. Di Perak isu ini berjaya menarik balik sokongan orang Melayu kepada UMNO. Majoriti Melayu Perak termakan dengan tipu muslihat UMNO. Mereka percaya bahawsa Mohd Nizar Jamaludin adalah boneka kepada DAP dan kaum Cina. Begitu juga di Selangor isu ketuanan Melayu dan Islam dimainkan oleh UMNO. Isu kepala lembu, kuil Hindu dan kalimah Allah terus dimainkan oleh UMNO laknatullah ini untuk menarik perhatian orang Melayu-Islam. Menjelang PRU ke-13, lebih banyak isu-isu sensitive yang berkaitan ketuanan Melayu dan Islam akan dibangkitkan oleh UMNO bagi menarik orang Melayu kepadanya kembali.
Perlu diingatkan, majoriti orang Melayu adalah buta mata hati dan otak anugerah Allah tidak pernah digunakan untuk berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya, sebaliknya bangsa Melayu majoritinya berfikir menggunaka ‘kepala lutut’. Oleh sebab itu, mereka sanggup memilih pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di kalangan kaki rasuah, kaki botol dan kaki perempuan. Mereka menolak orang yang bersifat dan kelihatan bersih yang tidak terpalit dengan sebarang kekotoran seperti yang digarispanduankan oleh Islam dalam bab memilih pemimpin.
UMNO akan menonjolkan dirinya dikhalayak ramai, hanya UMNO yang tidak melakukan pengkianatan terhadap bangsa dan agama. UMNO digambar oleh media sebagai pendokong dan pembela Melayu dan Islam. Betapa babinya UMNO. UMNOlah yang sebenarnya perosak dan pengkianat bangsa. Lihat apa yang ada pada orang Melayu-Islam sekarang ini? Politik, ekonomi, bidang perniagaan pendidikan, masalah social dan berbagai bentuk masalah adalah akibat perbuatan UMNO yang memiliki ramai pemimpin yang korup dan gilakan komisyen yang bernilai jutaan ringgit untuk kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat.
UMNO dan Barisan Nasional sememangnya mempunyai pelbagai fasiliti dan kekuatan untuk meraih pengundi. Dalam tempoh dua minggu waktu berkempen sebelum menjelang hari pengundian, mereka akan menggerakkan apa jua jentera untuk mempastikan kemenangan. Antara jentera utamanya adalah duit dan media massa. Media massa samada media cetak atau pun elektronik memang diiktiraf sebagai alat penyampaian maklumat yang penting bagi Melayu-Islam yang buta huruf dan buta mata hati di kampung-kampung yang terpencil yang merupakan base UMNO. Berbanding di Bandar, orang Melayu di Bandar banyak maklumat yang boleh diakses dari berbagai saluran.
Dalam membuat liputan media, UMNO dilihat tidak bertanggungjawab dan bertindak terkeluar daripada etika yang sedia diamalkan oleh media massa. Pilihanraya umum 1990 jelas menunjukkan betapa dominan dan berkuasanya media sebagai raja tidak bermahkota sehingga menjatuhkan Ku Li dengan Semangat 46 dan parti-parti pembangkang lainnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.