Tadi gua singgah makan tengahari di kedai member, walau atas urusan kerja jauh macam mana sekalipun... bila nak makan minum kalau ada kedai/gerai member2 yang terdekat dalam kawasan atau merentasi laluan gua... sudah pasti gua akan singgah, sambil berziarah member2 bertanya khabar, sekaligus memberi sokongan niaga pada member (bukannya niat nak makan free... jangan salah tafsir pulak, dan tak mustahil ada juga manusia yang berfikiran sebegitu, perkara tu tak dapat gua nak nafikan... mengambil kesempatan ke atas kawan, bergantung pada nawaitu masing2).
Berkebetulan pula kedai makan member gua ni..., di atasnya tingkat satu adalah Pejabat PAS (kawasan mana, di mana...? tak perlulah gua sebutkan). Gua cuma nak menzahirkan rasa terkilan dan jengkel dengan sikap dan akhlak ahli dan pemimpin PAS kawasan tersebut.
Apabila bercerita berkenaan puak2 PAS ini, sudah pasti orang akan terbayangkan imej dan akhlak Islam, padahal tak semuanya begitu.... apatah lagi sebagai manusia yang fitrahnya serba kekurangan dan bersifat lemah. Dan menjadi sifat manusia juga tak boleh lari dari perasaan ujub, sombong dan bongkak walau setinggi mana sekalipun ilmu agamanya... kadang2 tu ceramah menasihati makmum... diri sendiri.... hampeh.
Berbalik pada kisah member gua tadi, gua bertanya padanya... ok lah... bisnes lu... banyak melayu yang support kat sini... boleh la cover..., dia hanya mengelengkan kepala. Katanya... harapkan melayu... tak sepenuhnya... apatah lagi yang pejabat di atas tu... lansung tak pernah duduk makan minum di kedainya sejak beliau mula beroperasi. Diorang lebih selesa makan minum kat kedai mamak yang berhadapan dengan kedainya..., perghhh.... terkejut gua.
Terkejut dan terharu gua mendengarnya, member gua ni bukannya orang umno... kalau diorang tak nak support sekalipun, dia ni satu gerombolan dalam Pakatan Rakyat.... apalah salahnya bantu membantu... menaikkan ekonomi kawan2. Hatta kalau dia orang umno sekalipun... apalah salahnya kita saling membantu perniagaan mereka... kerana mereka dalam kategori orang awam biasa yang mencari rezeki dengan cara berniaga. Soal fahaman politik... itu perkara lain. Kalau macam inilah caranya... macam mana saudara seagama dan bangsa sendiri nak maju (nota: Agama dulu... Bangsa nombor 2)
Gua di fahamkan juga, pada minggu depan Pejabat PAS tersebut akan mengadakan satu majlis dan yang akan merasmikan majlis tersebut adalah Tuan Presiden PAS. Yang peliknya... mereka telah mengedarkan pekeliling memaklumkan kepada semua pejabat dan kedai2 perniagaan di deretan bangunan tersebut bahawa laluan di lorong deretan bangunan itu akan di tutup kedua2 hala kerana Presiden PAS nak datang.
Walau mendapat bantahan dari peniaga2 di kawasan itu dan masih dalam pertimbangan, apakah mereka2 yang terlibat itu takda akal dan guna kepala otak diorangkah sebelum mengedarkan pekeliling berkaitan. Bangang nak mampus.... baru dapat kuasa sikit perangai dah macam haramjadah... macam kawasan tu mak bapak diorang yang punya...
Agenda mereka atas kapasiti urusan Parti... bukannya atas urusan masyarakat/rakyat setempat, mengapa perkara urusan parti mesti di tutup jalan kedua2 hala dan sekaligus menutup peluang perniagaan kedai dan urusan pejabat di kawasan itu. Kan ke bodoh namanya tu.... macam kera dapat bunga pulak puak2 nih....
Yang nak datang tu Presiden Parti PAS.... bukannya Presiden ntah apa2 sajalah untuk kawasan itu, urusan parti tak ada kepentingan dengan peniaga di kawasan itu. Apa...? Presiden Parti PAS boleh ganti balik ke... kerugian para peniaga di kawasan itu untuk jangka masa beliau berada di situ.... kalau nak bodek Presiden PAS pun pakai otak sikit.... jangan menyusahkan orang lain.
Dulu masa malikul sembab perkudakan harta kerajaan (helikopter TUDM) semasa PRK Kuala Terengganu atas urusan parti lu orang kutuk kow kow.... so apa bezanya dengan tindakan PAS kawasan tersebut yang tutup peluang perniagaan peniaga kerana urusan parti.
Bila berceramah sikit punya bagus... kononnya Islam suruh macam tu,,,, Islam galakkan macam ni.... secara teori ikut sedap mulut jelah..., praktikalnya.... sendiri pun tak betul.... macam cibai jer..... inilah ciri2 pemimpin dan ahli PAS yang merosakkan imej parti dan Islam, membuatkan orang merasa mual dan meloya.... harapkan imej luaran jer... Islam, dalamannya masih penuh dengan sifat mazmumah...
Lu orang puak2 PAS tak payah nak melenting nak bertanya kat mana dan apa bukti.... lu orang check jadual Haji Hadi untuk minggu depan.... lu orang pergi tanya sendiri kepada peniaga2 di kawasan tersebut... betul atau tidak.
Kenapa gua cabar macam tu.... sebabnya puak2 PAS ni bukan boleh di kritik.... diorang merasakan diorang dah terlebih Islam dan bagus sangat.... dalam kategori maksum macam Nabi kot.... agaknyalah kan.... ha..ha...ha....
Buat member gua tu.... banyakkan bersabar, rezeki Allah yang beri... bukannya orang PAS atau umno yang bagi...., dan gua minta maaf kerana terpaksa keluarkan juga N3 seperti ini, walau tadi lu kata jangan.... tapi nawaitu gua hanya nak menyedarkan puak2 manusia yang terlupa diri.... itu sahaja dan tak lebih dari itu.
Bukankah kita di ingatkan supaya tegur menegur sesama manusia untuk kebaikkan..., cuma cara teguran gua biasa la.... kasar sikit lah...... Sorry bro..... Selamat Maju Jaya....
Read more: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/03/2-x-5-sahaja-pasumno-macam-gampang.html#ixzz0ijb8Blea
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.