Followers

Monday, March 22, 2010

Saya Muslim, Allah haramkan api-apikan perkauman

Ada lima hari lagi sebelum apa yang orang momok-momokkan sebagai "Perkosa" bersidang. Saya harap dibincangkan sama pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 lalu.

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini".

Ketika menyelanak di kalangan orang-orang PAS kerana nak bertanding atas tiket parti itu, Datuk Ibrahim Ali beberapa kali memberitahu bahawa sebelum persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya dibuat, ketua-ketua bahagian Umno diminta pandangan mereka.

Siapa rogol dan liwat begitu banyak kerusi Melayu di Dewan Rakyat melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003? DAP? PKR? PAS?

Kepada yang berpura-pura mempertahankan Melayu sedangkan tujuan hati yang boleh dibaca rakyat adalah untuk meneruskan kuasa parti perasuah yang busuk hingga ke usus dengan mengapi-apikan perkauman, nyatakan kepada mereka, saya Muslim dan Allah s.w.t. mengharamkan perbuatan mengapi-apikan perkauman.

sumber : penarik beca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.