Followers

Monday, March 22, 2010

Adakah pihak ketiga arah Azilah dan Sirul bunuh Altantuya?



Dalam berita Malaysiakini 21/3/10 yang bertajuk "Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM" (lihat juga Mingguan Malaysia 21/3/10 "Saya tetap bersemangat"), Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dipetik sebagai berkata:
Tetapi jika orang ketiga yang memberi arahan dan kita tidak tahu siapa mereka, kemudiannya pegawai pula menjalankan kerja yang salah, jadi pegawai saya yang akan menjadi mangsa.
Sambil tidak melupakan tuduhan demi tuduhan tentang keakraban Musa dengan BK Tan, saya hanya hendak bertanya satu soalan sahaja:
Adakah pihak ketiga yang mengarahkan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh Altantuya Shaariibuu?
Dalam posting saya pada 9/4/09 bertajuk "Apa kes Azilah dan Sirul nak bunuh Altantuya?", saya tulis:
Apa hubungan mereka dengan Altantuya sebelum mereka dituduh membunuhnya?

Takkan duduk saja-saja tak dak kerja apa nak buat tiba-tiba depa berpakat "mari kita bunuh Altantuya". Dengan imaginasi yang lebih liar, katakan sungguh depa duduk tak duduk tiba-tiba rasa nak bunuh Altantuya, macam mana pula depa kenal Altantuya? Adakah sebelum itu depa kenal Altantuya?

Bunuh satu hal. Mungkin dengan pisau menyiang sayur pun depa boleh bunuh Altantuya. Tetapi bagaimana pula mereka boleh mendapatkan bahan letupan C4 untuk meletupkan mayat Altantuya? Jangan lupa, depa tak letupkan mayat Altantuya dengan mercun katak, tetapi dengan C4 yang sangat eksklusif itu.

sumber : penarik beca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.