Followers

Thursday, March 18, 2010

Proses Audit YBK Jamin Ketelusan Dana Awam


SHAH ALAM 17 MAC: Proses pengauditan tanah dan harta milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dilakukan selaras dengan dasar kerajaan Selangor bagi memastikan ketelusan dana awam, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, hari ini.

"Sebelum kita umumkan maklumat YBK, kita minta audit dalaman negeri untuk buat kerja. Tujuan bukan untuk audit YBK tapi untuk audit tanah dan harta yang telah diberi.

"Dengan cara itu, kita akan tunjukkan berapakah jumlah harta-harta sejak penubuhan YBK," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco kerajaan Negeri di sini hari ini.

Pengurusan YBK sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila tidak membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri selama 13 tahun.

Malah, kerajaan negeri pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan kerap memberi tanah serta aset kepada YBK secara percuma atau harga yang murah.

"YBK ada 2,000 ekar tanah dan sejumlah aset yang diberi kerajaan negeri (sebelum ini) dan syarikat bersekutu. Kita perlu pastikan hal ini supaya rekod kita menunjukkan kerajaan negeri (sebelum ini) terlibat memberi bantuan kepada YBK," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.