Followers

Thursday, March 18, 2010

Dewan Rakyat Tolak Usul Kit Siang Lagi

Yusmawati Mhd Yusof

KUALA LUMPUR, 17 MAC - Dewan Rakyat hari ini sekali lagi menolak usul baru yang dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Usul itu bertujuan untuk membahaskan usul Datuk Seri Hishammudin Hussein semalam yang mengarahkan Ketua Polis Negara supaya memastikan pergerakan ahli-ahli Parlimen di laluan masuk ke dewan tidak dihalang.

Kecewa dengan alasan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee yang menggunakan Peraturan Mesyuarat 26(1)(P), Kit Siang menganggap ia sebagai mengarut.

"Ianya mengarut. Saya terkejut bagaimana beliau boleh menyatakannya. isunya adalah boleh atau tidak dibahaskan dan peraturannya boleh tetapi kebiasaannnya kita tidak bahaskan. Saya beri dua contoh ia pernah dibahaskan jadi dikatakan dua contoh ini tidak mencukupi.

"Ini amat mengejutkan selepas 52 tahun sampai ke tahap Ahli Parlimen tidak dibenarkan walaupun untuk berbahas dalam usul yang dibentangkan di Parlimen,"katanya.

Membawa usul itu, Kit Siang memberi contoh usul sama pernah dibahaskan pada tahun 1984 dan 1974.

Namun ini pula alasan timbalan speaker:

"Selain daripada apa yang berlaku ditunjuk YB Ipoh Timur pada 13 Mac 1984 dan 6 November 1974, dua kali sahaja berlaku semenjak merdeka, dalam soal undang-undang sudahkah ia menjadi konvensyen pada Parlimen kerana ia berlaku dua kali dalam tempoh 50 tahun,"katanya.

Sehubungan itu, Kit Siang mendesak supaya aturan Parlimen dirombak.

"Kerajaan tidak benarkan ia dibahaskan, di nagara yang demokrasi berparlimennya sihat sekiranya usul untuk menyemak semula keputusan Speaker secara otomatik dibenarkan masa untuk dibahaskan.

"Tetapi di malaysia kita katakan kebebasan berparlimen semakin buruk dan Pakatan Rakyat merasakan seharusnya ia dilihat semula atau dirombak aturan Parlimen,"katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.