Followers

Saturday, February 2, 2013

.Mampuiihh..laaa aku...kata Mahathir.

 
 
Mahathir Dalam Ketakutan - 
Bayang Bayang Dosa sedang menghantui jiwa dan raganya.
 

Friday, February 1, 2013

Mahathir Belasah Ibrahim Ali - Posted by Addin Deen


KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013.

Ibrahim yang lantang itu adalah pengasas Perkasa dan presiden yang tercetus akibat ancaman pembakaran bible, terbaru dalam kontroversi “Allah”.

Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan “Allah” sebagai tujukan kepada tuhan mereka.

“Allah” itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.

“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. “Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran.

“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.

Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.

“Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai nakal,” kata bekas presiden parti itu.

“Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno.”
Dr Mahathir di acara sebagai penaung Perkasa. Mahathir yang pada 2011 menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008, dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.

“Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.

“Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama,” katanya dan merayu kepada semua pihak untuk menghentikan “penyalahgunaan” mereka dalam isu sensitif ini.

Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan bahawa kontroversi “Allah” telah telah diselesaikan tahun lalu “melalui penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara”.

Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah” mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil alih jawatan perdana menteri.

Umat Islam dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan kalimah “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan umat Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.

Umat Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60 peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia.

Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa Melayu.

Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.

Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah” daripada terus berlarutan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang sama.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib telah mendesak kerajaan agar tidak berlengah-lengah mengambil tindakan terhadap Ibrahim diatas gesaannya agar bible dibakar, dengan mengatakan jika tindakan terus ditangguh terhadap ahli politik veteran itu, memberikan kesan kepada imej kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013. ~the malaysian insider

Berita Yang Menyedihkan Mahathir dan Aziz Shamsudin.

NONE Anwar reiterates: I had nothing to do with Project IC


Anwar Ibrahim continues to deny any role in Project IC in Sabah, saying this matter was never brought to the cabinet, and neither did he attend or chair any meeting on it.

The opposition leader also alleged the project to grant blue identity cards to immigrants did not end in the 1990s and that it continued during the reign of former prime minister Abdullah Ahmad Badawi and went on until last year, covering Najib Abdul Razak's reign as well.

"This task force was handled by the then PM Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Abdul Aziz Shamsuddin (Mahathir's political secretary then) and the late Megat Junid Megat Ayub (who was deputy home minister at that time)," Anwar said.
He said this when asked about the claim by Mahathir yesterday that Anwar was involved in the Project IC.

The PKR de facto leader who was deputy prime minister under Mahathir, went on to reiterate that he was willing to testify before the royal commission of inquiry on immigrants in Sabah if called to do so.


( Video ) Untuk apa hantar IC tidak dituntut ke Keningau?

Thursday, January 31, 2013.

Lagi cubaan JPN beraksi ala 'si anjing Umno' untuk nafikan kemenangan PR dalam PRU13?

Senang ja kut kalau nak daftarkan penama tu sebagai pengundi baru dan bagi MyKad tu kat warga asing supaya depa boleh tolong mengundi masa PRU13 nanti contohnya.

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menjelaskan berhubung arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengembalikan semua kad pengenalan atau Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dan dihantar ke Keningau, Sabah terlebih dahulu sebelum dihantar ke JPN, Putrajaya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar merujuk kepada satu surat arahan dari Ibu Pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 yang dihantar kepada semua Pengarah JPN peringkat negeri dan daerah. - Hrkh.

ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar

Kalau betul berita ni, memang tak salah lagi, tentu punya takdak tujuan lagi melainkan usaha untuk menipu dalam pilihanraya. Tak mustahil MyKad yang tak dituntut tu akan digunakan untuk ujudkan pengundi hantu.

Mungkin bukan semua tapi tentu ada dari kalangan tuan punya MyKad yang tak dituntut tu yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Senang ja kut kalau nak daftarkan penama tu sebagai pengundi baru dan bagi MyKad tu kat warga asing supaya depa boleh tolong mengundi masa PRU13 nanti contohnya.

Lagi pun, kalau ikut tarikh surat tu, sempat lagi kut untuk kakitangan SPR kalau nak selitkan borang A penama tu untuk dimasukkan ke Rang Daftar Pemilih Tambahan dalam suku ke 4 2012.

Walaupun Hishamuddin kata surat tu palsu tapi boleh percaya ka?

MalaysianInsider melaporkan:

PUTRAJAYA, 31 Jan – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menjelaskan surat arahan yang didakwa kononnya dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah, adalah surat palsu.

Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru katanya satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said hari ini. - TMI.

Takat buat laporan polis ja belum membuktikan apa-apa. Kecuali la kalau JPN boleh bagi bukti kukuh yang surat tu memang betul surat palsu.

Aku lebih percaya surat tu sebenarnya surat tulin, tambah-tambah lagi bila keluar berita lebih 600 orang berkongsi no MyKad yang sama masa dalam perbicaraan awam RCI mengenai pendatang di Sabah.

Malaysiakini melaporkan:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini berkata terdapat kira-kira 600 Kad pengenalan biru yang bermasalah yang dikongsi oleh lebih daripada seorang.

"Ya, mereka ada dalam rekod kami, kira-kira 600 orang," kata Pengarah Bahagian Kad pengenalan ibupejabat JPN, Md Solehan Omar kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah. - Mkini.

Tak logik langsung boleh ujud keadaan macam tu kecuali memang ada dikalangan pegawai JPN yang buat kerja celaka ala 'si anjing Umno' macam tu dengan tujuan untuk mengujudkan pengundi hantu untuk pastikan Umno BN menang lagi dalam PRU13 walaupun sebenarnya rakyat Malaysia dah tolak Umno BN.

Kes macam tu menunjukkan memang tak heran kalau surat yang YB Mahfuz dedahkan tu sebenarnya surat tulin dan bukan palsu.

Lagipun, takkan senang-senang Yb Mahfuz nak dedahkan salinan surat tu melainkan dia yakin dengan perawi yang sampaikan surat tu kat dia.

Memang la dari cara pendedahan tu nampak macam Yb Mahfuz pun tak pasti kesahihan salinan surat tu. Mungkin dia terpaksa berlakun macam tu pasai nak 'cover' perawi surat tu.

Nampak gayanya, kita kena bersedia untuk turun ke jalanraya lepas PRU13 ni. Nampak banyak sangat petanda yang Umno BN akan berjaya kekalkan kuasa dengan kerja celaka depa memanipulasi daftar pemilih.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/01/lagi-cubaan-jpn-beraksi-ala-si-anjing.html#ixzz2Jc1InNbs

http://www.youtube.com/watch?v=N9tdq0HFJhc&feature=player_embedded

Jika dah Nazak..biarkan Sampai Koma..Usah Membangkitkan Lagi Saka Biru

 


 

Baca neh wahai macai macai Umno


  
 
Macai macai Umno selalu main isu Pulau Pinang akan jadi mcm singapura kerana Lim Guan Eng berbangsa cina..

Lihat fakta dibawah betapa benggonGG dan butanya maci macai umno dengan sejarah tanah melayu..
Baca molek molek dan faham betul betul.. 

- KM Pulau Pinang pertama ialah Wong Pow Nee (1957 - 1969) ialah seorang berbangsa
  Bugis,

- KM Penang kedua Lim Chong Eu (1969 - 1990) soorang berbangsa Jawa,

- KM ketiga ialah Koh Tsu Khoon (1990 - 2008) berbangsa Bajau.

- KM yang terkini baru Lim Guan Eng baru berbangsa Cina,..

Jadi semua macai macai umngokk ada spesis bangang macam lembu NFC he he he..

PRU 2004 umNO menang banyak kerusi dari parti Gerakan di Penang tapi KM tetap bagi pada Koh Tsu Khoon yang berbangsa Bajau.

Baru sekarang puak puak ini sebuk demo sana demo sini tak tentu pasai ..

Seperti  orang giler meroyan..

kah kah kah kah..


BATU VS KAYU

24 DAS TEMBAKAN!!! “Mengapa polis tembak mati isteri saya?”


KLANG 31 JAN : Seorang pemandu lori mahu Polis Diraja Malaysia berterus terang dan menyiasat bagaimana isterinya, Pua Bee Chun, 22, mati dipercayai ditembak anggota mereka.

Bee Chun dipercayai mati ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, Klang pada 18 Januari.

Menurut Foo Voon Kong, 27, isterinya dipercayai mati selepas ditembak dari belakang badannya. Kereta tersebut dipercayai ditembak sebanyak 24 kali.



Voon Kong mendakwa segala usaha untuk mendapat penjelasan daripada polis tentang bagaimana dan kenapa isterinya mati menemui jalan buntu.

Di dalam satu sidang media di sini hari ini, Voon Kong berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan isterinya pada 5 petang pada hari kejadian sebelum isterinya keluar rumah.

Katanya, beliau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menyuruh Bee Chun pulang untuk makan malam dan keluar ke pasar malam bersama kedua anak mereka.

“Bagaimanapun, beliau (isteri) kata tidak dapat pulang, apabila saya menghantar sms kali kedua bertanya dia dimana, isteri saya tidak membalas sms itu.

“Kira-kira jam 8.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya memberitahu beliau ternampak mayat isteri saya. “Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya lihat ramai orang awam dan polis, mayat isteri saya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Doktor memaklumkan, isteri saya ditembak melalui belakang badannya,” katanya di dalam sidang akbar di pejabat khidmat MP Klang.

Beliau mendakwa polis tidak menjalankan tugas mereka secara profesional dengan melulu menembak isterinya. “Semua bukti seperti baju, kamera litar tertutup (CCTV) dan kereta yang dinaiki isteri saya diambil polis.

“Saya percaya isteri saya ditembak dengan 24 das tembakan berdasarkan kesan tembakan di pintu kereta dan bahagian belakang kereta,” katanya.

Voon Kong menambah, beliau difahamkan isterinya ditembak ketika di dalam sebuah kereta jenis Waja bewarna perak bersama seorang lelaki yang merupakan kawannya.



Lelaki tersebut dipercayai ditahan polis dan satu laporan polis telah dibuat oleh Voon Kong pada 19 Januari lalu di Balai Polis Klang.

Sementara itu, MP Klang, Charles Santiago berkata kes itu merupakan yang ketiga berlaku selepas kematian pengawal keselamatan C Sugumaran dan kes Amirul Rasyid yang membabitkan polis.

“Kini, semua bukti berkaitan dengan pembunuhan hilang. Jika semua bukti ini tiada bagaimana hendak bawa kes ini ke mahkamah,” katanya.

Selain itu, MP Puchong, Gobind SinghDeo mahu polis menjalankan siasatan yang adil dan Perdana Menteri perlu campur tangan dalam kes itu.

“Polis tidak boleh menghukum mangsa dengan terus menembaknya, kini polis sudah tidak memberi perlindungan kepada rakyat.” ~ Selangorku



Polis tembak mati kekasih seorang penjenayah6


BERITA KEJADIAN

NAJIB PUCAT LESI TAK BERANI JAWAB 7 ISU BESAR

NAJIB PUCAT LESI TAK BERANI JAWAB 7 ISU
BESAR


Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub
menyatakn bahawa beliau akn mnulis surat
kpd YAB Prdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta
beliau mnjelaskn tujuh isu yg belum terjawab
sehingga kini.

Pertama ialh berhubung
kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-
baru ini mengatakn, 80
peratus di sekitar
Iskandar Malaysia sudah
pun dimiliki olh warga asing. Datuk Syed juga
mengatakn  rakyat Johor
paling miskin disebabkn harga rumah & hartanah di Johor yg sangat
membebankn.

Kedua, isu penjualan tanah Keretapi Tanah
Melayu(KTM) kpd Singapura tanpa kerelaan
rakyat Johor.

Ketiga, isu pengambilan
tanah Pengerang utk tujuan projek petrokimia  (RAPID) yg
menimbulkn plbagai kontroversi dimana projek besar bernilai
RM60 bilion itu
mengakibatkn alam sekitar &  kesihatan penduduk terbabit terjejas.

Keempat, isu khilangan medan minyak Blok L &  M milik Malaysia & diserahkn kpd
kerajaan Brunei berikutan
pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia
& Brunei pd 16 Mac, 2009.

Kelima, kerugian yg dialami olh Tabung Haji (TH) dlm pelaburan
wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group
Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5
sen sahaja. (TH
merupakn pmegang saham terbesar dlm
Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 %).

Keenam isu kerugian KWSP akibat drpd
kejatuhan Felda Global Ventures Holdings Bhd
(FGV) di bawha paras IPO.

Ketujuh mngenai
pendedahan ahli
perniagaan, Deepak Jaikishan yg mengaitkn Najib & 
keluarganya dlm kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. 

Jawapan ringkas Najib bahawa
Deepak tidak berwibawa tidak menjawab
persoalan yg
ditimbulkn.

Menurut Salahuddin,
ketujuh-tujuh isu
tersebut perlu dijawab olh Najib krn ia
melibat kepentingan
rakyat seluruhnya.

Kedahlanie 31.1.2013

BR1M, BRUM &  BERUK Dari Najib masih tak mampu menutup  segala pekung di dadanya. 

Hutang, rasuah, jenayah, fitnah &  bohong semuanya berada di ranking teratas di zaman Najib. 
 
Negara akn musnah jika Najib-UBN terus  diberi mandat utk berkuasa lagi  dlm penggal akn  datang.
 
PM Malaysia yg paling bodoh & penakut dlm sejarah PM negara ni.

Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub menyatakn bahawa beliau akn mnulis surat kpd YAB Prdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta beliau mnjelaskn tujuh isu yg belum terjawab sehingga kini.

Pertama ialh berhubung

kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Datuk Syed Ali AlAttas) baru-
baru ini mengatakn, 80
peratus di sekitar
Iskandar Malaysia sudah
pun dimiliki olh warga asing. Datuk Syed juga
mengatakn rakyat Johor
paling miskin disebabkn harga rumah & hartanah di Johor yg sangat
membebankn.

Kedua, isu penjualan tanah Keretapi Tanah

Melayu(KTM) kpd Singapura tanpa kerelaan
rakyat Johor.

Ketiga, isu pengambilan
tanah Pengerang utk tujuan projek petrokimia (RAPID) yg
menimbulkn plbagai kontroversi dimana projek besar bernilai
RM60 bilion itu
mengakibatkn alam sekitar & kesihatan penduduk terbabit terjejas.

Keempat, isu khilangan medan minyak Blok L & M milik Malaysia & diserahkn kpd
kerajaan Brunei berikutan
pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia
& Brunei pd 16 Mac, 2009.

Kelima, kerugian yg dialami olh Tabung Haji (TH) dlm pelaburan

wang ahlinya apabila saham Silver Bird Group
Berhad (Silver Bird) merudum sehingga bernilai serendah 20.5
sen sahaja. (TH
merupakn pmegang saham terbesar dlm
Silver Bird iaitu sebanyak 22.19 %).

Keenam isu kerugian KWSP akibat drpd
kejatuhan Felda Global Ventures Holdings Bhd
(FGV) di bawha paras IPO.

Ketujuh mngenai
pendedahan ahli
perniagaan, Deepak Jaikishan yg mengaitkn Najib &
keluarganya dlm kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Jawapan ringkas Najib bahawa
Deepak tidak berwibawa tidak menjawab
persoalan yg
ditimbulkn.

Menurut Salahuddin,
ketujuh-tujuh isu
tersebut perlu dijawab olh Najib krn ia
melibat kepentingan
rakyat seluruhnya.

Kedahlanie 31.1.2013

BR1M, BRUM & BERUK Dari Najib masih tak mampu menutup segala pekung di dadanya.

Hutang, rasuah, jenayah, fitnah & bohong semuanya berada di ranking teratas di zaman Najib.

Negara akn musnah jika Najib-UBN terus diberi mandat utk berkuasa lagi dlm penggal akn datang.

PM Malaysia yg paling bodoh & penakut dlm sejarah PM negara ni.
  

Nik Aziz Sahkan Nasharuddin Sudah Dipecat Dari Pas..

PASIR PUTEH - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan kepimpinan parti itu sudah menolak keahlian bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa walaupun tokoh berkenaan mendakwa masih belum menerima surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti berkenaan.

Nik Aziz berkata, sama ada surat diterima atau tidak oleh Nasharudin berhubung status keahliannya, ia bukan perkara utama.

"Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali antara Majlis Daerah Pasir Puteh dengan empat syarikat pelaburan di sini semalam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasharudin kelmarin yang mengakui masih ahli Pas berikutan tidak menerima sebarang surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti.



Bloglist Malaysia

Mahathir semakin cemas dengan bayang-bayang hitam - diterbitkan oleh PBO™

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka


Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"
Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka.


"Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa."Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.

PBO:

#Mahathir silap percaturan, dia samakan pemerintahan itu kelak sama dengan pemerintahan dia satu ketika dulu. Dengan ini secara langsung telah membuka pekung di dada bahawa masa pemerintahan dia memang zalim.

#Mahathir semakin percaya pakatan akan mengambil alih putrajaya. Ya Allah panjangkan usia Mahathir

#Mahathir sama ada bergurau atau tidak, telah mengakui Akta ISA memang zalim. Dan itulah senjata dia untuk melumpuhkan politik lawan.

#Mahathir semakin takut ibarat orang yang bersalah. Gerak hati dan perasaan tidak kereuan. Ibarat orang yang bersembunyi dari buruan polis, kucing melintas pun rasa berdebar-debar. Aduhai Mahathir.



Pen Burok Online

Remuk redam hati Ibrahim perkasa apabila membaca kenyataan Mahathir ni.... wakaka

 

 

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama menjelang Pilihan Raya 2013.

Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu, mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa Melayu jika menggunakan “Allah” sebagai tujukan kepada tuhan mereka.

“Allah” itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.

“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru dicetak,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. 


“Itu boleh menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini. Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh dilakukan kepada Al-Quran.

“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno. Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.

Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.

“Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai nakal,” kata bekas presiden parti itu.

“Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno.”
Dr Mahathir yang pada 2011 menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008, dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.

“Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.


“Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan mengeksploitasi isu-isu agama,” katanya dan merayu kepada semua pihak untuk menghentikan “penyalahgunaan” mereka dalam isu sensitif ini.-TMI

Bukankah semasa Ibrahim mengucapkan seruan bakar bibble yang mengandungi kalimah Allah itu, Mahathir turut hadir dalam majlis tersebut sebagai penaung perkasa?


Perkataan 'pelampau' dalam perenggan akhir tu ditujukan kepada siapa? wakaka
 
 
Gendang Perang

SELANGOR SEDIA PRU.. NAJIB KECUT LAGI - Abu Nu'man

SELANGOR SEDIA PRU.. NAJIB KECUT LAGI

Cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan depan adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat itu sudah bersedia.

"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan... ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sistem Pengurusan Sosial Selangor atau e-GEMS (e-Generasi Idaman Selangor) di Shah Alam semalam.

Abdul Khalid berkata beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya.

Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.

Di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perkara LXX (2), kerajaan negeri boleh terbubar dengan sendiri apabila mencecah lima tahun pada 22 April 2013 ini. DUN Selangor mula bersidang pada 22 April 2008.

Bagaimanapun, di bawah Perkara 55(2) (b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, Sultan boleh menggunakan budi-bicaranya untuk menangguhkan perkenan permintaan daripada Menteri Besar dan Exconya untuk membubarkan DUN.

Ditanya sama ada beliau telah memohon perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membubarkan DUN Selangor, Abdul Khalid berkata beliau sedang dalam proses untuk memohon perkenan baginda.

Mengenai sistem e-GEMS, Abdul Khalid berkata sistem data yang dibangunkan itu bertujuan mewujudkan pangkalan data dan profil penduduk di peringkat kampung dan kawasan perumahan bagi memudahkan pemantauan aktiviti atau gejala sosial dengan lebih berkesan.

Melalui sistem itu, masyarakat boleh membuat aduan mengenai aktiviti tidak bermoral di tempat mereka atau untuk memohon bantuan kebajikan dan kaunseling kepada mereka yang memerlukan. 



Pemuda PAS Wangsa Maju

SUMPAH LAKNAT MULA MAKAN TUAN?

SUMPAH LAKNAT MULA MAKAN TUAN?


NAMPAKNYA Najib kini sudah amat tertekan sekali.  Apabila bos sudah tertekan, apa lagi anak-anak buah mereka.  Justeru itu, jangan terkejut sejak kebelakangan ini berbagai cara dan taktik telah mereka rancang dan gunakan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Isu pendedahan bekas KPN, Musa Hassan bukan isu remeh temeh.  Kita tidak mahu tahu mengapa Musa Hassan seolah-olah melakukan "U-Turn" yang bukan sedikit cuma tidak masuk ke dalam kumpulan kita sahaja.  Apa pun nawaitu Musa Hassan samada berniat baik atau sebaliknya, bagi kita yang penting Musa Hassan telah melondehkan kerajaan di bawah Najib.  

Begitu juga dengan pendedahan Deepak, seorang ahli perniagaan yang kini merasa 'tertipu' dengan 'rakan'nya yang semua rakyat kenal insan tersebut.  Pendedahan beliau juga bukan remeh malahan melibatkan kes jenayah iaitu kes pembunuhan.  Pengakuan Bersumpah Bala ada kaitan dengan kes kematian Altantuya yang didapati mati diletupkan dengan C4 'tanpa sebab'?  Otak yang sihat dan bukan berotakkan lembu sudah pasti tidak boleh menerima Altantuya dibunuh oleh orang yang tidak pernah mengenalinya dan paling tidak lojik dibunuh tanpa motif.

Ada rakan yang memberitahu, mungkin akibat 'Sumpah Laknat' beliau di Permatang Pauh dahulu kononnya tidak mengenali Altantuya kini telah memakan diri.  Wallahu Aklam.

Kini, Pakatan Rakyat terlalu banyak isu untuk kita sampaikan kepada rakyat.  Sampaikan walau satu ayat tentang kemungkaran dan kezaliman ini.  Biarlah mereka yang berotak lembu yang telah puas menangis di dewan PWTC itu tidak mempercayainya, namun penerangan mestilah dilakukan berterusan sehingga parti sekutu Apco ini tersungkur.
Raden Suparman's photo 
NAMPAKNYA Najib kini sudah amat tertekan sekali. Apabila bos sudah tertekan, apa lagi anak-anak buah mereka. 
 
Justeru itu, jangan terkejut sejak kebelakangan ini berbagai cara dan taktik telah mereka rancang dan gunakan untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Isu pendedahan bekas KPN, Musa Hassan bukan isu remeh temeh. Kita tidak mahu tahu mengapa Musa Hassan seolah-olah melakukan "U-Turn" yang bukan sedikit cuma tidak masuk ke dalam kumpulan kita sahaja. 
 
Apa pun nawaitu Musa Hassan samada berniat baik atau sebaliknya, bagi kita yang penting Musa Hassan telah melondehkan kerajaan di bawah Najib.

Begitu juga dengan pendedahan Deepak, seorang ahli perniagaan yang kini merasa 'tertipu' dengan 'rakan'nya yang semua rakyat kenal insan tersebut. 
 
Pendedahan beliau juga bukan remeh malahan melibatkan kes jenayah iaitu kes pembunuhan. 
 
Pengakuan Bersumpah Bala ada kaitan dengan kes kematian Altantuya yang didapati mati diletupkan dengan C4 'tanpa sebab'? 
 
Otak yang sihat dan bukan berotakkan lembu sudah pasti tidak boleh menerima Altantuya dibunuh oleh orang yang tidak pernah mengenalinya dan paling tidak lojik dibunuh tanpa motif.

Ada rakan yang memberitahu, mungkin akibat 'Sumpah Laknat' beliau di Permatang Pauh dahulu kononnya tidak mengenali Altantuya kini telah memakan diri. Wallahu Aklam.

Kini, Pakatan Rakyat terlalu banyak isu untuk kita sampaikan kepada rakyat. 
 
Sampaikan walau satu ayat tentang kemungkaran dan kezaliman ini. Biarlah mereka yang berotak lembu yang telah puas menangis di dewan PWTC itu tidak mempercayainya, namun penerangan mestilah dilakukan berterusan sehingga parti sekutu Apco ini tersungkur.

( Video ) PJO-TV : Eksklusif Sharifah Zohra Jabeen Mengenai Isu Bawani #Listen





 Kumpulan pelajar cabar Sharifah berdebat dengan Bawani
Kesal dengan apa yang telah berlaku sewaktu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) Disember lalu, sekumpulan pelajar mencabar Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berdebat dengan pelajar UUM, KS Bawani.
 

( Video ) "Meet Anwar" by Anwar Ibrahim Club (AIC) Kajang Selangor











Komen dari ZAR ALI:

BENIH YANG BAIK, CAMPAK KE LAUT MENJADI PULAU" 

 "ONLY GOOD SEEDS WILL PRODUCE GOOD CROPS."

( Video ) Raja Komando buat laporan keatas Ummi




Mahathir Dalam Ketakutan : Mahathir: Pembangkang tangkap lawan jika berkuasa

NONE 
Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.
Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat
desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.

"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."

Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.

"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.



Malaysia Insider

Pendatang Indonesia dakwa pegawai mahkamah Tawau berikannya kad pengenalan biru - Oleh Boo Su-Lyn

 
 
Penempatan haram berhampiran Kota Kinabalu Sabah. — Gambar fail.
 
KOTA KINABALU, 31 Jan — Seorang pendatang Indonesia memberitahu inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram hari ini seorang pegawai Mahkamah Adat Tawau memberinya kad pengenalan biru pada 1979 untuk mengundi kerajaan dalam pilihan raya.

Yuhanis Bira, 57, berkata beliau tiba di Sabah pada 1973 dan menerima kad pengenalan enam tahun kemudian dari pegawai mahkamah tersebut, yang tidak disebut namanya, tanpa sijil kelahiran.

"Dia (pegawai) kata boleh sokong kerajaan...jadi saya sokong kerajaan lah," kata Yuhanis kepada RCI hari ini.

"Mengundi?" tanya Datuk Ahmad Abd Rahman, dari Persatuan Undang-Undang Sabah.
"Ya," kata Yuhanis.

Yuhanis berkata beliau mendaftar sebagai pengundi sejak 1981 dan mengundi setiap kali pilihan raya selepas itu.

Parti Berjaya memerintah Sabah dari 1976 hingga 1985, di mana bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan "Projek IC".

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.

Yuhanis berkata beliau hanya membayar pegawai mahkamah itu sebanyak RM12, yang diterima pada 1979 selepas bertemu dengan pegawai mahkamah itu setahun selepas itu.

Menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian mesti menjadi seorang pemastautin tetap selama lebih daripada 12 tahun dan telah berada di Malaysia selama lebih daripada 10 tahun.

Seorang lagi pendatang dari Indonesia Berahim Abdullah mengaku rakannya membantu beliau mendapatkan kad pengenalan biru pada tahun 1990 tanpa sijil kelahiran, sepuluh tahun selepas beliau tiba di Sabah untuk mendapatkan pekerjaan.

Berahim, yang juga bekerja sebagai chef, berkata beliau mendaftar sebagai pengundi dan mengundi empat kali di Kunak.

Ditanya mengapa beliau mendaftar sebagai pengundi, Berahim berkata untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua Yuhanis dan Berahim berkata kad pengenalan mereka tercatat tempat lahir mereka sebagai Sabah, walaupun mereka mengaku lahir di Indonesia.


Beberapa pendatang Pakistan dan India telah memberi keterangan baru-baru ini tentang mendapatkan kad pengenalan biru - sama ada dari orang tengah atau dari JPN secara langsung dalam hanya beberapa tahun selepas tiba di Sabah.

 
Bekas hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan menyambung semula inkuiri pada 22 Februari.



Malaysia Insider