Followers

Friday, February 1, 2013

( Video ) Untuk apa hantar IC tidak dituntut ke Keningau?

Thursday, January 31, 2013.

Lagi cubaan JPN beraksi ala 'si anjing Umno' untuk nafikan kemenangan PR dalam PRU13?

Senang ja kut kalau nak daftarkan penama tu sebagai pengundi baru dan bagi MyKad tu kat warga asing supaya depa boleh tolong mengundi masa PRU13 nanti contohnya.

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menjelaskan berhubung arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengembalikan semua kad pengenalan atau Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dan dihantar ke Keningau, Sabah terlebih dahulu sebelum dihantar ke JPN, Putrajaya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar merujuk kepada satu surat arahan dari Ibu Pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 yang dihantar kepada semua Pengarah JPN peringkat negeri dan daerah. - Hrkh.

ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar

Kalau betul berita ni, memang tak salah lagi, tentu punya takdak tujuan lagi melainkan usaha untuk menipu dalam pilihanraya. Tak mustahil MyKad yang tak dituntut tu akan digunakan untuk ujudkan pengundi hantu.

Mungkin bukan semua tapi tentu ada dari kalangan tuan punya MyKad yang tak dituntut tu yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Senang ja kut kalau nak daftarkan penama tu sebagai pengundi baru dan bagi MyKad tu kat warga asing supaya depa boleh tolong mengundi masa PRU13 nanti contohnya.

Lagi pun, kalau ikut tarikh surat tu, sempat lagi kut untuk kakitangan SPR kalau nak selitkan borang A penama tu untuk dimasukkan ke Rang Daftar Pemilih Tambahan dalam suku ke 4 2012.

Walaupun Hishamuddin kata surat tu palsu tapi boleh percaya ka?

MalaysianInsider melaporkan:

PUTRAJAYA, 31 Jan – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menjelaskan surat arahan yang didakwa kononnya dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah, adalah surat palsu.

Beliau berkata JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Justeru katanya satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN Datuk Jariah Mohd Said hari ini. - TMI.

Takat buat laporan polis ja belum membuktikan apa-apa. Kecuali la kalau JPN boleh bagi bukti kukuh yang surat tu memang betul surat palsu.

Aku lebih percaya surat tu sebenarnya surat tulin, tambah-tambah lagi bila keluar berita lebih 600 orang berkongsi no MyKad yang sama masa dalam perbicaraan awam RCI mengenai pendatang di Sabah.

Malaysiakini melaporkan:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini berkata terdapat kira-kira 600 Kad pengenalan biru yang bermasalah yang dikongsi oleh lebih daripada seorang.

"Ya, mereka ada dalam rekod kami, kira-kira 600 orang," kata Pengarah Bahagian Kad pengenalan ibupejabat JPN, Md Solehan Omar kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah. - Mkini.

Tak logik langsung boleh ujud keadaan macam tu kecuali memang ada dikalangan pegawai JPN yang buat kerja celaka ala 'si anjing Umno' macam tu dengan tujuan untuk mengujudkan pengundi hantu untuk pastikan Umno BN menang lagi dalam PRU13 walaupun sebenarnya rakyat Malaysia dah tolak Umno BN.

Kes macam tu menunjukkan memang tak heran kalau surat yang YB Mahfuz dedahkan tu sebenarnya surat tulin dan bukan palsu.

Lagipun, takkan senang-senang Yb Mahfuz nak dedahkan salinan surat tu melainkan dia yakin dengan perawi yang sampaikan surat tu kat dia.

Memang la dari cara pendedahan tu nampak macam Yb Mahfuz pun tak pasti kesahihan salinan surat tu. Mungkin dia terpaksa berlakun macam tu pasai nak 'cover' perawi surat tu.

Nampak gayanya, kita kena bersedia untuk turun ke jalanraya lepas PRU13 ni. Nampak banyak sangat petanda yang Umno BN akan berjaya kekalkan kuasa dengan kerja celaka depa memanipulasi daftar pemilih.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/01/lagi-cubaan-jpn-beraksi-ala-si-anjing.html#ixzz2Jc1InNbs

http://www.youtube.com/watch?v=N9tdq0HFJhc&feature=player_embedded

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.