KUALA LUMPUR, 1 Feb — Datuk Ibrahim Ali boleh jadi menyokong Umno akan
tetapi beliau bukanlah jurucakap parti tersebut, kata penaung Perkasa
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meredakan ketegangan agama
menjelang Pilihan Raya 2013.
Ibrahim yang lantang itu adalah pengasas Perkasa dan presiden yang
tercetus akibat ancaman pembakaran bible, terbaru dalam kontroversi
“Allah”.
Ibrahim, ahli parlimen sayap kanan Melayu itu,
mencetuskan kekecohan minggu lalu apabila beliau dilaporkan menggesa
umat Islam agar membakar kitab suci penganut Kristian dalam bahasa
Melayu jika menggunakan “Allah” sebagai tujukan kepada tuhan mereka.
“Allah” itu perkataan Arab yang ramai orang Islam di sini percaya hanya eksklusif kepada komuniti mereka.
“Adalah malang Ibrahim Ali perlu mencadangkan membakar bible yang baru
dicetak,” tulis Dr Mahathir dalam blog chedet.cc malam tadi. “Itu boleh
menjadi cara kita menjauhkan diri dari penerbitan yang tidak diingini.
Ia tidak boleh dilakukan kepada Bible sepertimana ia tidak boleh
dilakukan kepada Al-Quran.
“Tetapi apa yang Ibrahim katakan tidak mencerminkan pandangan Umno.
Malangnya, beberapa ahli politik ingin menjadikannya begitu dalam usaha
untuk mendapat keuntungan politik,” bekas perdana menteri itu menambah.
Dr Mahathir, yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno, dengan
cepat menegaskan parti tunjang pemerintah Barisan Nasional (BN) itu
percaya “Allah” adalah eksklusif kepada Islam tetapi “ia tidak menyokong
pembakaran bible berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan ini”.
“Saya menganggap cubaan untuk mengaitkan sokongan Ibrahim kepada Umno
bersamaan dengan apa yang beliau katakan adalah pendirian Umno sebagai
nakal,” kata bekas presiden parti itu.
“Ibrahim bukan ahli Umno. Beliau boleh menyokong Umno tetapi beliau bukan seorang jurucakap Umno.”
Dr Mahathir di acara sebagai penaung Perkasa. Mahathir yang pada 2011
menasihatkan Umno supaya tidak bermusuh dengan Perkasa jika mahu
memenangi kembali undi Melayu yang hilang pada Pilihan Raya 2008,
dilihat menjauhkan diri dengan pendirian keras kumpulan tersebut.
“Walaupun kita boleh mempunyai perbezaan politik, kita tidak perlu
mengambil jalan keluar dengan menggunakan perbezaan agama untuk
memenangi pilihan raya. Ia adalah pedang bermata dua dan orang-orang
yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.
“Biarkan kontroversi ini diselesaikan secara tertutup oleh orang-orang
yang bertanggungjawab. Jangan benarkan pelampau mengambil alih dan
mengeksploitasi isu-isu agama,” katanya dan merayu kepada semua pihak
untuk menghentikan “penyalahgunaan” mereka dalam isu sensitif ini.
Perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun itu mengingatkan
bahawa kontroversi “Allah” telah telah diselesaikan tahun lalu “melalui
penerimaan bahawa Kristian Sabah dan Sarawak boleh terus untuk
menggunakan perkataan Allah dalam bible bahasa Melayu mereka dan dalam
pengajaran tetapi tidak boleh digunakan di seluruh negara”.
Pemimpin berumur 87 tahun itu memainkan peranan penting dalam potensi
krisis keimanan daripada meletus apabila pertikaian kalimah “Allah”
mula-mula timbul pada awal 1980an — sejurus selepas beliau mengambil
alih jawatan perdana menteri.
Umat Islam dan pemimpin Kristian telah bertelagah dalam isu penggunaan
kalimah “Allah” walaupun penghakiman Mahkamah Tinggi 2009 memutuskan
umat Islam tidak mempunyai hak eksklusif kepada perkataan Arab itu.
Umat Islam adalah kumpulan agama terbesar di Malaysia sebanyak 60
peratus, manakala minoriti Kristian hanya di bawah 10 peratus daripada
28 juta rakyat Malaysia.
Perdebatan timbul semula bulan lalu selepas Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam perutusannya sempena
Hari Natal mendesak kerajaan persekutuan agar menarik semula
pengharaman terhadap penggunaan kalimah Allah dalam bible berbahasa
Melayu.
Kumpulan gereja Sabah juga telah mendakwa kebebasan beragama Bumiputera
Kristian diserang sambil menegaskan kebanyakan penganutnya datang
daripada Malaysia Timur dan menggunakan bahasa Melayu.
Kumpulan penganut agama Buddha telah menggesa Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk campur
tangan menyelesaikan pertikaian tentang penggunaan kalimah “Allah”
daripada terus berlarutan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga mengecewakan pemimpin
gereja dengan khutbah Jumaat lepas, di mana ia memberi amaran kepada
umat Islam di seluruh negara “musuh-musuh Islam” akan cuba untuk
mengelirukan mereka supaya mempercayai semua agama berkongsi tuhan yang
sama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.