Followers

Friday, February 1, 2013

Mahathir semakin cemas dengan bayang-bayang hitam - diterbitkan oleh PBO™

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka


Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.
"
Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka.


"Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa."Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.

PBO:

#Mahathir silap percaturan, dia samakan pemerintahan itu kelak sama dengan pemerintahan dia satu ketika dulu. Dengan ini secara langsung telah membuka pekung di dada bahawa masa pemerintahan dia memang zalim.

#Mahathir semakin percaya pakatan akan mengambil alih putrajaya. Ya Allah panjangkan usia Mahathir

#Mahathir sama ada bergurau atau tidak, telah mengakui Akta ISA memang zalim. Dan itulah senjata dia untuk melumpuhkan politik lawan.

#Mahathir semakin takut ibarat orang yang bersalah. Gerak hati dan perasaan tidak kereuan. Ibarat orang yang bersembunyi dari buruan polis, kucing melintas pun rasa berdebar-debar. Aduhai Mahathir.



Pen Burok Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.