Followers

Friday, December 4, 2015

Zaid Ibrahim akan didakwa esok Mohd Radzi


Zaid-Ibrahim_law_600 Beliau akan didakwa kerana memuat naik posting di blognya sebuah artikel bertajuk 'Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad'.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung posting di blognya yang dimuatnaik pada 2 September lalu.

Beliau akan didakwa esok (Jumaat) mengikut Akta 233 kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyakitkan hati orang.

Ketika ditemui selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Zaid berkata, tindakan itu tidak akan menghalangnya untuk terus bercakap demi kebaikan bersama.

“Kita dalam sebuah negara demokratik mesti mempunyai hak untuk bersuara untuk kebaikan Negara, ” katanya yang bersedia berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan.

Zaid tiba di IPD kira-kira jam 2.15 petang diiringi dua peguamnya. Kelihatan polis merakam gambar blognya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kes itu.

Zaid sebelum ini telahpun memberi keterangan kepada polis pada 16 dan 17 November lalu berhubung artikel bertajuk “Rally behind Tun Dr Mahathir Mohamad’.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.