Followers

Saturday, December 5, 2015

Tuan Ibrahim bagi idea untuk Muhyiddin singkir Najib FMT Reporters


Bahasa,-Muhyiddin,-Timbalan-Presiden-Pas

Beliau mengesyorkan 13 janji yang boleh dimanfaat Ahli Parlimen Pagoh itu bagi meraih sokongan ahli UMNO

PETALING JAYA: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk hadir di Dewan Rakyat dan menjawab tentang dana RM2.6 bilion di dalam akaun beliau telah membuka ruang luas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Tmbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengibaratkan bola kini berada di kaki bekas Timbalan Perdana Menteri dan ia kini bergantung kepada empunya diri sama ada menjadi mangsa atau bertindak sebaliknya.

“Jika TS Muhyiddin memilih untuk bangkit, maka beliau harus berhenti bermain isu yang memperlihatkan beliau sebagai mangsa.

“Beliau perlu menumpukan perhatian kepada pengumuman langkah-langkah yang bakal beliau ambil jika beliau ialah PM di saat rakyat kian tersepit dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga secara mendadak yang turut dirasai ahli-ahli UMNO biasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam status yang dimuat naiknya itu, beliau mengesyorkan 13 janji yang boleh dimanfaat Ahli Parlimen Pagoh itu bagi meraih sokongan:

1. Mengurangkan kadar kenaikan KTM, yang baru dinaikkan sebanyak 58% pada 2 Disember 2015. 
2. Mengurangkan kadar kenaikan LRT, yang baru dinaikkan 102% pada 2 Disember 2015.
3. Mengurangkan kadar kenaikan ERL, yang bakal dinaikkan dari RM35 ke RM55 pada 1 Jan 2016.
4. Menghalang kenaikan tol PLUS pada tahun depan dan berjanji menyemak semula segala perjanjian konsesi lebuhraya
5. Menghidupkan semula subsidi elektrik, minyak masak dan beras ST15.
6. Membongkar misteri penderma dan asal-usul RM2.6 bilion
7. Mendedahkan hasil siasatan ke atas 1MDB
8. Mengurangkan pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan memulangkan bajet pendidikan setara dengan peruntukan di 2015
9. Tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan
10. Tidak sesekali membalas dendam kepada sesiapa yang mengkhianatinya sehingga beliau hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri
11. Berjanji tidak akan membenarkan isteri beliau mencampuri urusan negara mahupun Umno
12. Memecat semua penasihat-penasihat kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri
13. Mengurangkan saiz kabinet


Menurut Tuan Ibrahim, Muhyiddin tidak dipecat kerana beliau masih mempunyai sokongan yang kuat dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

“Beliau masih boleh bersuara di dunia digital hari ini meskipun digam. Beliau masih boleh memberikan amanat melalui rakaman video,” tulisnya.

Katanya lagi, sebahagian besar ahli UMNO yang turut menerima kesan dengan kenaikan kos sara hidup, memihak kepada Muhyiddin mendapat mandat yang besar dan diberi kepercayaan menerajui UMNO selepas ini.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.