Followers

Saturday, December 5, 2015

Datuk, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Selaku pengguna marhean yang hari-hari berbelanja membeli barang dan perkhidmatan, pelaksanaan GST, kenyataan seorang menteri baru-baru ini mencetuskan rasa tidak senang.

Noh Omar


Kehadapan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yang baru-baru ini tampil menyatakan restoran mamak tidak mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan, GST.


Mahu ke tak saya tergelak dengan kenyataan seumpama itu Datuk?


Bukan apa, saya kasihan kerana banyak perkara yang berlaku dalam negara dan Datuk tidak sedar. 


Mungkin kerana jarang makan di restoran mamak, maka Datuk pun kurang pasti sekali gus terkejut dengan respon orang ramai terutamanya pelajar di Unisel saban hari.

Saya pun sudah lama tidak bertandang ke restoran mamak. Tapi bukan kerana boikot, bukan tak suka, bukan rasis, cuma tak tahan dengan harga makanan yang makin mahal, kuantiti makin kurang.


Suka saya berkongsi pengetahuan tentang restoran mamak dan GST.


Di forum tempoh hari Datuk berjanji akan mengambil tindakan terhadap restoran mamak yang mengenakan GST. Selepas itu, Datuk bagitau restoran yang tidak berdaftar dengan nombor pendaftaran GST tetapi kenakan GST, akan dikenakan tindakan.


Pertama sekali, kita semua sedia maklum, perniagaan yang mencecah nilai ambang RM500,000 dan ke atas, diharuskan membayar GST. Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia 

(PRESMA), Noorul Hassan Saul Hameed, mustahil jika pulangan perniagaan sesebuah restoran mamak tidak mencapai purata RM1,100 sehari. Maka dengan perkiraan itu, restoran yang mempunyai pulangan niaga lebih dari nilai tersebut sudah pasti akan mengenakan GST.

“Bila kami daftar dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), ia secara langsung diterjemah dalam resit dan pelanggan perlu bayar. Kalau tidak kami pula yang kena tanggung,” kata beliau.


Tambahnya dalam satu perbualan ringkas, restoran mamak pun tidak dapat bertahan dengan kenaikan mendadak bahan mentah yang mencapai 100 peratus, sewa hartanah yang tinggi dan pelbagai kenaikan lain yang memberi kesan kepada peniagaan mereka.


“Untuk rekod, sejak semua kenaikan ini (termasuk GST), kira-kira 10 peratus perniagaan restoran mamak ditutup pernaigaan di seluruh negara,” katanya lagi.


Mengejutkan ke tak? Kalau selama ini kita fikir restoran mamak kenakan caj melampau, tetapi realitinya mereka turut terseksa.


Datuk perlu ambil perhatian survival restoran dalam keadaan ekonomi yang tertekan.


Oh ya, kembali kepada isu asal, jelas lagi terang sebahagian restoran mamak akan mengenakan GST, kecuali ada orang yang belanja kita makan free hari-hari, maka kita tidak sedarlah harga dan kesan cukai berkenaan.


Mungkinkah restoran mamak yang berlokasi benar-benar di hadapan pejabat Datuk di Tanjung Karang itu tidak mengenakan GST? Dan itu sebabnya Datuk tidak perasan selama ini?


Sekali lagi, kami di sini sudah cukup ’emosi’ dengan kenaikan dan pelaksanaan GST yang dikuatkuasa sejak 1 April lalu. Usahlah buat kenyataan yang menambahkan tekanan.


Datuk, ni saya nak bagitau maklumat bonus, harap jangan terkejut, di restoran mamak atau mana-mana restoran, air kosong pun dikenakan GST enam peratus!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.