Siapa cakap seks hanya untuk puaskan nafsu semata-mata? Tahukah anda
bahawa seks sebenarnya baik untuk kesihatan dan memanjangkan hayat.
Khas untuk pasangan yang sudah berkahwin, ini antara 9 sebab kenapa anda perlu sentiasa bersama dan lakukan hubungan intim.
Seks hindari demam dan selesema
Menurut kajian, hubungan intim mampu meningkatkan tahap imunisasi atau
antobodi. Jadi pasangan yang kerap melakukan hubungan seks akan
terhindar dari penyakit ringan.
Seks kurangkan risiko penyakit jantung
Kajian mendapati, pasangan yang aktif melakukan seks lebih panjang usia
dari mereka yang tidak aktif. Seks mengurangkan risiko sakit jantung dan
strok.
Seks seimbangkan tahap hormon
Seks membantu menstabilkan hormon, serta melancarkan kitaran haid bagi
wanita. Bahkan ia juga boleh mengurangkan simptom negatif menopause.
Seks sembuhkan sakit kepala
Ketika melakukan hubungan seks, hormon oxytocin akan dibebaskan dalam
badan serta oxytocin juga mengurangkan rasa sakit yang anda alami.
Seks kurangkan stres
Kebaikan bebasnya oxytocin ketika hubungan seks, ia dapat merehatkan
sistem saraf. Bukan itu je, ia mampu mengurangkan tekanan dan membantu
mendapatkan tidur yang baik.
Seks kurangkan risiko kanser payudara
Kajian mendapati, wanita yang sering melakukan hubungan seks berisiko
rendah untuk mendapat penyakit kanser payudara berbanding wanita yang
kurang melakukan hubungan seks.
Seks tingkatkan kawalan pundi kencing
Hubungan seks sebenarnya sama seperti melakukan senaman otot Kegel. Otot
ini jugalah yang mengawal pengaliran air kencing dari badan dan tiada
lagi masalah pundi kencing.
Seks membakar lemak
Seks melancarkan peredaran darah dan memastikan jantung berdenyut.
Walaupun ada yang mengatakan seks tidak membakar banyak kalori tetapi ia
masih membakar kalori dalam badan jika dibandingkan dengan hanya duduk
menonton TV.
Seks meningkatkan keyakinan diri
Kajian mendapati, seks mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang.
Bukan itu sahaja, ia juga buatkan seseorang lebih berani di khalayak
ramai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.