Followers

Saturday, December 19, 2015

Malang Najib Makin Bertambah.. Petanda Najib Dibenci Rakyat Berlegar Di Alam Maya


Cerita seorang pengguna jalan raya yang tidak memberi laluan kepada kereta rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengkongsian hangat pengguna laman social.

Fadzil Khairi menceritakan bukan dia sahaja malah ramai lagi pengguna jalan raya yang di hadapannya yang tidak mempedulikan arahan polis trafik supaya memberi laluan kepada kereta yang dinaiki Najib.

Katanya, sikap pemandu termasuk dirinya yang enggan memberi laluan itu menyebabkan polis trafik yang bertugas mengelabah.

“Kami tak marah polis yang menjalankan tugas. Kami nak suruh menteri amalkan apa yang menteri cakap hari itu tu je pada rakyat – kalau tak nak bayar tol dan elak jem (kesesakan), sila bangun pagi.”

“So menteri kalau tak nak ngadap jem, hangpa bangun pagi atau balik keja lewat laa bhai… tak pun naik pengangkutan awam.. kata berjiwa rakyat,” tulis Fadzil.

Status dia itu dikongsi lebih hampir 3,000 pengguna Facebook dan menerima lebih 15,000 likes.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.