Followers

Saturday, December 12, 2015

Ramai sangup mati bersama Najib- Perwakilan UMNO Kelantan - Faiz Zainudin


Abdullah-Mat-Yassin_najib_umno_600

Pemimpin UMNO digesa supaya bangkit mempertahankan Najib sekiranya beliau difitnah pembangkang.

KUALA LUMPUR: Ramai orang sangup mati bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mempertahankan parti yang menjadi tunjang kepada orang Melayu.


Perkara itu ditegaskan oleh Perwakilan dari Kelantan, Datuk Abdullah Mat Yassim, apabila presiden UMNO sering diasak pelbagai pihak ketika ini.

“Saya kata Datuk Seri (Najib) kamu jangan risau, semua orang sanggup mati bersama Datuk Seri,” katanya ketika membahaskan isu ekonomi di Persidangan Agung UMNO 2015 pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau menggesa pemimpin tertinggi Melayu itu supaya menyaman pihak pembangkang yang dilihat secara lantang menyerang UMNO dengan menabur fitnah kepada Perdana Menteri.

“Saya nak minta presiden, timbalan presiden, jika pihak pembangkang buat fitnah mengeluarkan isu yang tidak munasabah, saya minta saman terus dan ajar (mereka),” katanya.

Perdana Menteri, Njib, terpalit dengan kontroversi dan kritikan serta serangan daripada pelbagai pihak termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu derma RM 2.6 bilion.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.