Followers

Monday, December 21, 2015

Pas maafkan UMNO: Kenyataan diputar belit FMT Reporters


Takiyuddin-Hassan_pas_umno_600

Takiyuddin meminta ahli-ahli Pas dan masyarakat umum supaya sentiasa merujuk dan mendapatkan kenyataan muktamad dan sebenar yang diberikan oleh pimpinan Pas dengan membuat semakan dalam media rasmi Pas.

PETALING JAYA: Pas menafikan laporan berita kononnya parti Islam itu sedia memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, laporan yang dibuat pihak media pada Ahad tidak lengkap dan menafikan kenyataan itu kerana beliau tidak pernah menyebut ‘sedia memaafkan UMNO’.

“Sepanjang (saya) ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud ‘adakah Pas memaafkan UMNO’.

“Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa ‘jawapan’ kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu, turut melahirkan kekesalan beliau terhadap laporan yang telah menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan umum khasnya dalam kalangan ahli Pas.

“Ia juga memberi kesan buruk terhadap diri saya sebagai Setiausaha Agung Pas kerana sifatnya yang jelas berunsur fitnah dan mala fide, sama ada secara maksud terangan, tersirat atau ‘innuendo’.

“(Sehubungan itu) Saya meminta ahli-ahli Pas dan masyarakat umum supaya sentiasa merujuk dan mendapatkan kenyataan muktamad dan sebenarnya yang diberikan oleh pimpinan Pas dengan membuat semakan dalam media rasmi Pas,” katanya.

Terdahulu, Takiyuddin semasa ditemui pemberita pada Persidangan Agung PERKASA berkata Pas bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO kerana ia merupakan ciri-ciri yang ada dalam perjuangan parti itu.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.