Followers

Saturday, December 12, 2015

Najib masih abang dan kawan -Shafie Apdal Adam Abu Bakar


Shafie-Apdal_najib_600

Shafie tegas menyatakan bahawa beliau akan tetap menegakkan kebenaran dalam perjuangannya.

KUALA LUMPUR: “Dia (Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak) masih lagi abang, dan masih lagi kawan,” demikian kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apabila mengulas status hubungan beliau bersama pemimpin nombor satu parti Melayu itu.


Namun, dalam masa yang sama, Shafie menegaskan bahawa beliau akan tetap menegakkan kebenaran dalam perjuangannya.

“Ada perkara yang kita kata betul dan ada yang kita kata tidak betul walaupun kita bersalaman dan berpeluk.

“Ia bagi menyelesaikan isu ekonomi negara, seperti masalah 1MDB, masalah pengangguran, masalah kehidupan masyarakat di peringkat bawah,” jelasnya sewaktu ditemui pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Shafie turut menyatakan bahawa beliau secara langsung telah membantu Najib sebaiknya terutama dalam isu-isu membabitkan perkara yang penting.

“Sekurang-kurangnya kita memberi sumbangan. Walaupun kecil, tapi untuk kebaikan. Perbezaan dari segi cara dan kaedah itu sudah menjadi kebiasaan di dalam UMNO,” ujarnya lagi.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.