Followers

Saturday, December 12, 2015

Mukhriz akhirnya bersuara pertahan Muhyiddin, Shafie FMT Reporters


Mukhriz_muhyiddin_najib_Shafie_600

Keputusan Najib Tun Razak tidak membenarkan Muhyiddin dan Shafie memberikan ucapan adalah satu kesilapan besar yang akhirnya menimbulkan masalah kepada parti.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang selama ini berdiam diri akhirnya bersuara mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau berkata, keputusan Presiden UMNO menafikan hak Timbalan dan Naib Presiden berucap pada Perhimpunan Agung UMNO merupakan kesilapan besar yang boleh mengugat parti.

“Kita selalu kata parti ini inkslusif di mana kita mengamalkan bebebasan bersuara walaupun berbeza pendapat.

“Perbezaan dan kepelbagaian pendapat sangat penting supaya kita boleh menjaga rakyat.

“Keputusan tidak membenarkan Muhyiddin dan Shafie memberikan ucapan adalah satu kesilapan yang akhirnya menimbulkan masalah kepada parti,” katanya pada majlis makan malam di Saloma Bistro pada Jumaat.

Hadir sama, ibubapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Muhyiddin dan Shafie.

Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara yang sebelum ini lantang mendesak Najib meletak jawatan turut hadir majlis makan malam itu.

Mukhriz mengakui beliau berhadapan dengan risiko kerana menganjurkan majlis makan malam itu tetapi ia tidak bermakna tetamu yang hadir mahu menghancurkan UMNO.

“Saya akui saya mengambil risiko sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah tetapi jawatan itu tidak penting kerana apabila kita mati, apa yang kita perlukan hanya doa anak-anak.

“Perlembagaan parti dan negara tidak menyatakan adalah salah mengadakan majlis seperti ini. Ini adalah hak selagi kita melakukan perkara betul, UMNO akan kekal selama,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.