Followers

Friday, December 25, 2015

Malaysia pengekspot modal haram ke-5 terbesar dunia FMT Reporters


malaysia-haram

Badan pemikir antarabangsa melaporkan dana haram yang keluar dari Malaysia mencecah US$418.54 bilion sejak sedekad lalu.

WASHINGTON: Sebuah pertubuhan perunding dan kajiselidik yang berpengkalan di Washington D.C, Amerika Syarikat meletakkan Malaysia dalam kumpulan lima negara yang mengalami aliran kewangan haram (IFF) terbesar di dunia.

China berada di tangga pertama dengan IFF mencecah US$1.39 trillion.

Menurut kajian Global Financial Integrity (GFI) “Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2004 – 2013″, Malaysia di belakang China, Russia, Mexico dan India.

Diterbitkan pada 8 Disember, laporan itu menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan jumlah IFF sepanjang 10 tahun, mulai 2004.

Malaysia di kedudukan kelima dengan jumlah IFF mencecah US$418.54 bilion (bersamaan RM1.42 bilion), menuruti India (US$510.29 bilion), Mexico (US$528.44 bilion) dan Russia (US$1.05 trillion).

Presiden GFI, Raymond Baker, seorang pakar jenayah kewangan, berkata: “Kajian ini jelas menunjukkan aliran kewangan haram merupakan masalah ekonomi yang paling merosakkan negara membangun dan ekonomi memuncul.”

“Tahun ini di PBB, mantera ‘trilion bukan bilion’ sering dituturkan bagi menunjukkan jumlah dana yang diperlukan untuk mencapai matlamat pembangunan mapan. Membendung aliran haram secara berkesan merupakan teras kepada usaha itu,” tambahnya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.