Followers

Friday, December 25, 2015

Ali Tinju: AG akan bersikap profesional kali ini?

alateefa
December 25, 2015 

Individu yang dilihat pro-kerajaan sering terlepas daripada sebarang dakwaan, kata pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya.

PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara perlu bersikap profesional dan kes melibatkan Mohd Ali Baharom, atau lebih dikenali seabgai Ali Tinju, dan tidak boleh melepaskannya begitu sahaja seperti yang berlaku dalam insiden rusuhan di Plaza Low Yat Julai lalu.

Pengasas bersama Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya mendakwa individu yang dilihat pro-kerajaan sering terlepas daripada sebarang dakwaan.

“Sebelum ini, mereka yang dilihat pro-pemerintah sering terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun melakukan kesalahan.

“Jadi kali ini kita nak tengok sama ada Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) akan bertindak profesional atau tidak,” katanya kepada FMT.

Julai lalu, Peguam Negara menggugurkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan terhadap Ali Tinju yang dikatakan telah membuat kenyataan berbaur menghasut ketika kekecohan di Plaza Low Yat.

Kali ini, beliau ditahan polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan ekoran menyebarkan kenyataan berbaur hasutan di aplikasi WhatsApp berhubung kekecohan di Kompleks Kota Raya 20 Disember lalu.

Namun begitu, Latheefa membantah penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk menahan Ali.

“Walau betapa teruknya kesalahan dan sesiapa pun yang melakukannya, Akta Hasutan tetap tidak boleh digunakan. Ini akta yang zalim dan tidak memberi ruang perbicaraan yang adil kepada tertuduh.

“Ada akta lain yang boleh digunakan. Dalam kes ini, Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah (criminal intimidation),” katanya lagi.

FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.