Followers

Monday, December 14, 2015

Mahkamah tiada bidang kuasa dengar saman terhadap Najib, kata peguam OLEH MUZLIZA MUSTAFA


Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata PKR tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman kerana plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tulen dalam perkara itu atau hak mereka terjejas.

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata PKR tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman kerana plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tulen dalam perkara itu atau hak mereka terjejas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pihaknya tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tindakan undang-undang PKR berhubung RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, PKR tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman itu, kerana plaintif gagal menunjukkan mereka mempunyai kepentingan tulen dalam perkara itu atau hak mereka terjejas.

Hafarizam berkata pengisytiharan yang dipohon PKR mengandungi unsur jenayah yang berada di luar bidang kuasa mahkamah sivil.

Beliau berkata dakwaan dalam saman itu dibuat di bawah peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Kewangan Keganasan, Akta Pencegahan Rasuah, Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Pertukaran Matawang Asing.

Pada Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib dan 3 yang lain, dengan mendakwa undang-undang pilihan raya dilanggar dengan penggunaan wang sumbangan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun Najib. – 14 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.