“Sebaik masuk ke bilik, saya menyedari seperti kehadiran kelibat seseorang. Saya diterkam dari belakang serta ditiarapkan dan tangan diikat menggunakan wayar,” katanya menggambarkan detik cemas berdepan kejadian samun di kuarters penjawat awam 5R1, Presint 5.
Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang kelmarin di mana beliau baru pulang dari kerja ke rumah rakan yang ditumpangnya beberapa bulan lalu.
"Selepas tangan saya diikat ke belakang, saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam."
“Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah,” katanya dipetik laporan Harian Metro.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.