Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Januari tahun depan untuk mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan satu lagi pihak dalam saman fitnah berhubung isu subsidi minyak.
Turut dinamakan defendan dalam saman fitnah itu ialah pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong.
Penolong Kanan Pendaftar, Nurdiana Mohd Nazari menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Choo Shi Jin yang mewakili Perdana Menteri dan isteri serta peguam Joanne Leong yang mewakili Chan dan menyebut bagi pihak Mohd Rafizi.
Najib dan isteri memohon memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan itu atas alasan pembelaan kedua-dua defendan bukan satu komen berpatutan. Pada 16 April lalu,
Najib dan Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu mendakwa Mohd Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 22 November 2014.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.
Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman Facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.
Menurut mereka lagi, Chan telah gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.
Najib dan Rosmah turut menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsir oleh mahkamah.
Mereka juga menuntut satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah itu selain menuntut satu perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah.
- Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.