Meskipun dikritik hebat, kepimpinan tertinggi parti itu, tidak membuat sebarang kenyataan jelas mengenai pendiriannya.
Cuma, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli awal-awal lagi menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai pertemuan yang kononnya diaturkan oleh oleh pihak berkuasa Filipina seperti didakwa oleh Nurul Izzah.
“Saya tak tahu apa-apa mengenai perkara itu, Saya tidak ada di sana. Saya bukannya suami dia,” ujar Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, katanya dipetik daripada BNBBC.
Sokongan lantang kepada Nurul Izzah hanya datang dari Latheefa Koya yang mempertahankan pertemuaan Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu dengan Jacel.
Menurut BNBBC, Latheefa melenting dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa Nurul Izzah patut dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran pertemuannya yang dianggap menyinggung perasaan rakyat negara ini.
Selain dia, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dikatakan turut sama dengan pertemuan bersama Jacel tidak memberi kenyataannya berhubung perkara itu.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.