Followers

Tuesday, November 24, 2015

Pendekatan anti rasuah di IPT oleh SPRM FMT Reporters


sprm

Struktur mekanisme MESPR ialah, ketua sekretariat di semua IPT secara automatik akan mewakili universiti itu dalam Majlis Perwakilan Pelajar. 

PETALING JAYA: Satu Majlis Eksekutif Sekretariat Pencegahan Rasuah (MESPR) akan ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), bermula tahun depan, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda agar tidak terjebak dengan gejala rasuah.

MESPR yang akan dikelolakan sepenuhnya oleh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan memberi penekanan terhadap usaha penerapan nilai anti rasuah dalam kalangan mahasiswa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata, SPRM akan mengemukakan cadangan iaitu ketua sekretariat di semua IPT secara automatik akan mewakili universiti itu dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Secara khususnya, struktur mekanisme MESPR ialah di setiap IPT mempunyai wakil daripada SPRM dalam MPP,” katanya, lapor Bernama.

Mustafar berpendapat, pendekatan menerusi pendidikan merupakan cara terbaik untuk menimbulkan kesedaran tentang bahaya amalan rasuah kepada generasi muda supayamembenci rasuah dan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah serta ikhlas.

Katanya pihak SPRM akan mengadakan pelbagai program sebagai inisiatif meningkatkan pengetahuan mahasiswa mengenai jenayah rasuah dan berharap menerusi penyertaan mereka dalam sekretariat itu sebagai penyampai mesej anti rasuah kepada masyarakat.


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.