Followers

Monday, November 2, 2015

Lebih ramai penduduk asal Sarawak jadi aktivis anti BN OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Petani Iban, Jimmy Saban menunjukkan kawasan tanah milik suku dan keluarganya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 November, 2015.
 
Petani Iban, Jimmy Saban menunjukkan kawasan tanah milik suku dan keluarganya.

Petani Iban, Jimmy Saban menunjukkan kawasan tanah milik suku dan keluarganya.

Seorang petani Iban, Jimmy Saban tidak peduli tentang politik sehinggalah pada hari orang kerajaan, sebahagian daripada mereka bersenjatakan senapang, datang mengambil tanah yang menjadi milik suku dan keluarganya sejak beberapa generasi.

Saban adalah salah seorang daripada petani, pemburu dan rakyat jelata kaum marhaen, yang kini semakin ramai menjadi aktivis anti Barisan Nasional (BN) dan suara lantang mereka menentang kerajaan Sarawak boleh menjadi faktor dalam pilihan raya negeri akan datang.

Apa yang membezakan Saban, 61, daripada aktivis pembangkang kelas pertengahan di bandar yang lain adalah, dia seorang petani sama seperti mereka yang ditemuinya.

Paling penting, dia melihat sendiri bagaimana suku kaumnya kehilangan tanah dalam urus niaga meragukan dengan syarikat swasta yang sering disokong pihak berkuasa negeri.

Cerita Saban bagaimana tanah puaknya masih sewenang-wenangnya dirampas, menyangkal dakwaan pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan kerajaan persekutuan BN.

Sejak mengambil alih jawatan, Adenan mendapat pujian rakyat Sarawak kerana beliau mengatakan mahu mengiktiraf tuntutan tanah warisan atau hak adat Bumiputera (NCR).

Dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2016 baru-baru ini, Putrajaya juga memperuntukkan wang bagi apa yang mereka dakwa sebagai langkah mendapatkan tanah NCR.

Saban dan ramai lagi aktivis-petani kini bersedia untuk mencabar tuntutan tersebut dan membuktikan Adenan dan Putrajaya tidak bermaksud seperti apa yang mereka katakan.

Ditipu



Dalam satu rakaman video yang diambil petani ketika rampasan tanah pada April 2007, lelaki berpakaian seragam biru gelap, seperti pakaian anggota majlis tempatan Sarawak, dilihat merobohkan pondok simpanan bekalan yang dibina petani. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 November, 2015.
Tiga daripada aktivis yang ditemuramah adalah daripada suku kaum berbeza di bahagian berlainan di Sarawak. Tetapi cerita mereka amat serupa.

Mereka sama ada tidak terlibat dalam politik atau bukan penyokong BN, sehinggalah apabila mereka mendakwa kerajaan Sarawak mengkhianati mereka.

Saban dan penduduk 3 rumah panjang di sepanjang Sungai Pandan mendakwa, pada 2007 mereka ditipu pegawai kerajaan negeri Sarawak supaya melepaskan tuntutan terhadap tanah nenek moyang mereka.

"Mereka meminta kami mengisi dan menandatangani borang untuk mengesahkan tanah milik kami. Kami menandatanganinya. Seminggu kemudian mereka datang dan merampas tanah kami. Mereka mengambilnya untuk sebuah syarikat penanaman akasia," dakwa Saban, yang rumah panjangnya terletak sejauh 3 jam perjalanan dengan bot dari Bintulu.

Penduduk kampung percaya borang berkenaan diubah selepas mereka menandatanganinya bagi menunjukkan mereka melepaskan tuntutan terhadap tanah itu.

Beliau berkata, 46 keluarga kehilangan kira-kira satu pertiga daripada 4,000 hektar tanah yang didakwa milik mereka. Tanah yang dirampas itu mengandungi pokok kelapa sawit, lada, buah-buahan dan sayur-sayuran, semuanya dimusnahkan.

"Saya bergantung kepada tanah ini untuk hidup. Tanaman itu memberi makan saya, isteri saya dan cucu saya," kata Saban.

Dalam satu rakaman video yang diambil petani ketika rampasan tanah pada April 2007, lelaki berpakaian seragam biru gelap, seperti pakaian anggota majlis tempatan Sarawak, dilihat merobohkan pondok simpanan bekalan yang dibina petani.

Dalam satu rakaman video yang diambil petani ketika rampasan tanah pada April 2007, lelaki berpakaian seragam biru gelap, seperti pakaian anggota majlis tempatan Sarawak, dilihat merobohkan pondok simpanan bekalan yang dibina petani.

Dalam satu rakaman video yang diambil petani ketika rampasan tanah pada April 2007, lelaki berpakaian seragam biru gelap, seperti pakaian anggota majlis tempatan Sarawak, dilihat merobohkan pondok simpanan bekalan yang dibina petani.

Pegawai itu menjalankan kerja mereka sambil lelaki berpakaian seragam polis berwarna biru muda berkawal dengan senapang M-16.

Penduduk kampung kaum wanita menangis dan merayu kepada beberapa pegawai majlis tempatan itu untuk menghentikan perobohan itu dan menaruh belas kasihan kepada mereka.

'Tercabut kuku kaki demi BN'


Yaris Semayong, petani dari Lun Bawang menceritakan bagaimana dia menjadi penyokong komited dan aktivis BN serta peraih undi untuk BN Sarawak pada 1990-an. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 2 November, 2015.

Di Bengoh, kira-kira 45 minit dari Kuching, pendudukan kampung dari suku Bidayuh, Gracey Kibik menjadi aktivis apabila melihat bagaimana masyarakatnya ditipu dalam rundingan untuk menempatkan semula penduduk bagi projek empangan Bengoh.

"(Kerajaan Sarawak) mulanya berkata, kami terpaksa berpindah dari kampung lama kami ke kawasan lebih tinggi bagi memberi laluan kepada empangan. Tetapi apabila kami menubuhkan sebuah penempatan baharu, mereka memberitahu kami tidak boleh tinggal di sana, kami terpaksa pindah lagi. Ketika itulah saya tahu ada sesuatu yang tidak kena," kata Kibik, 48, dari Kampung Muk Ayun.

Yaris Semayong, petani dari Lun Bawang menceritakan bagaimana dia menjadi penyokong komited dan aktivis BN serta peraih undi untuk BN Sarawak pada 1990-an.

Yaris Semayong, petani dari Lun Bawang menceritakan bagaimana dia menjadi penyokong komited dan aktivis BN serta peraih undi untuk BN Sarawak pada 1990-an.

Jauh di kawasan tanah tinggi utara, Yaris Semayong menceritakan bagaimana dia menjadi penyokong komited dan aktivis BN serta peraih undi untuk BN Sarawak dalam 1990-an.

"Dalam salah satu kempen, saya berjalan begitu banyak hingga satu kuku kaki saya terkoyak. Itulah bukti dedikasi saya," kata petani Lun Bawang yang berusia 54 tahun dari Kampung Long Sukang itu.

Semayong semakin tawar hati dengan BN apabila melihat bagaimana kerajaan Sarawak tidak menunaikan janji dan wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka bersikap mementingkan diri sendiri.

"Kemudian saya mula menyokong (Ketua PKR Sarawak) Baru Bian, yang saya kenal sejak dia masih kecil dan banyak membantu orang ramai dengan kes NCR."

Perubahan sentimen

Hari ini, Saban, Kibik dan Semayong merupakan penceramah yang aktif berkempen dalam program parti pembangkang dan organisasi bukan kerajaan di Sarawak.

Kibik memberi ceramah di merata Sarawak, Sabah dan termasuk komuniti Orang Asli di Semenanjung yang berdepan konflik dengan kerajaan tempatan masing-masing atau syarikat swasta.

Pengalamannya dalam projek empangan Bengoh dikongsi bersama komuniti lain di Malaysia Timur yang terpaksa berpindah akibat projek empangan yang sama.

Saban bergerak sepanjang Sungai Pandan menceritakan bagaimana rumah panjangnya kehilangan tanah dan bagaimana mereka boleh mengelakkan ia daripada berlaku kepada mereka.

Semayong, sementara itu, membantu membawa projek infrastruktur kecil seperti sistem air graviti atau skim mikro hidro, yang ditaja parti pembangkang, ke beberapa kampung di kawasan tanah tinggi Lawas.

"Projek kecil membantu orang ramai melihat PKR atau DAP mampu melaksanakannya," kata Semayong yang mendakwa, di kampung sekitarnya, hanya ketua mereka kekal menyokong BN, manakala semua mereka yang berusia di bawah 50 tahun mengundi pembangkang.

Walaupun sentimen luar bandar terhadap BN dan pembangkang secara beransur-ansur berubah, 3 aktivis itu mengakui sokongan pembangkang tidak semestinya satu perkara yang pasti dalam pilihan raya negeri akan datang.

Apabila ditanya apa sebenarnya yang akan menentukan bagaimana penduduk kampung itu mengundi, ketiga-tiganya membalas dengan cara yang sama. Mereka memasamkan muka, mengangkat satu tangan dan menggosok ibu jari dengan jari telunjuk dan tengah – simbol universal bagi wang. – 2 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.