Kekerapan perkhidmatan komuter dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini melibatkan peningkatan kos.
Kekerapan perkhidmatan komuter dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini melibatkan peningkatan kos.
Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan esok tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu, kata pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad, hari ini.
Katanya kekerapan perkhidmatan komuter itu dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini akan melibatkan peningkatan kos.
"Selain itu kos-kos seperti gaji, elektrik, senggaraan dan lain-lain lagi meningkat setiap tahun dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah," katanya ketika diminta mengulas satu laporan atas talian sebuah akhbar hari ini berhubung kenaikan tambang perkhidmatan itu.
Laporan berkenaan turut menyebut kadar baharu tambang perkhidmatan itu dijangkakan sebanyak 15 sen sekilometer berkuatkuasa 2 Disember ini berbanding kadar sekarang 11 sen sekilometer.
Bagaimanapun, Nawawi yang juga anggota Parlimen Langkawi, enggan mengesahkan kadar baharu yang disebut akhbar berkenaan dan berkata perkara itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) esok.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.