Followers

Wednesday, November 25, 2015

Keluarga dakwa Kamal Hisham diseksa polis Mohamad Fadli


kamal-hisham-jaafar_johor_600

Keluarga Kamal Hisham mendakwa peguam itu didera seperti seorang penjenayah walaupun perbicaraan kesnya belum berjalan.

PUTRAJAYA: Keluarga Kamal Hisham Ja’afar mendakwa bekas Penasihat Undang-undang Kerabat Johor itu yang berada dalam tahanan polis telah didera dan diseksa.

Adik Kamal Hisham, Norlizan Jaafar mendakwa, abangnya dilayan seperti seorang penjenayah sejak ditahan tiga bulan lalu.

Katanya, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana abangnya belum didapati bersalah malah perbicaraan kesnya masih belum berjalan.

“Kamal Hisham telah ditahan selama 17 hari di lokap Cawangan Khas. Sepanjang tempoh itu, dia tidak diberikan sebarang pakaian, hanya dibenarkan memakai seluar dalam.

“Dia juga tidur di atas lantai yang kotor dan telah beberapa kali digigit lipan sehingga bengkak dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Dan paling teruk abang saya juga tidak dibenarkan untuk menunaikan solat. Apa hak penjara memberi layanan sehingga begitu?,” katanya kepada media di hadapan Kementerian Dalam Negeri di sini pada Selasa.

Norlizan berkata, layanan buruk polis sangat tidak wajar dan menghina Kamal Hisham yang diperlakukan seperti individu tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan.

Dia sebelum itu menyerahkan memorandum kepada KDN yang mendesak siasatan dijalankan terhadap pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam kes abangnya itu.

“Kami ahli keluarga kepada Kamal Hisham dengan rendah diri dan penuh harapan memohon perhatian, pertimbangan dan tindakan dari Kerajaan Malaysia melalui KDN di bawah Datuk Seri Ahmad Dr. Zahid Hamidi untuk memandang serius layanan buruk pihak polis dan pegawai penjara terhadap Kamal Hisham,” katanya.

Kamal Hisham yang pernah meninggalkan negara ini telah didakwa atas pertuduhan pecah amanah dan berkaitan Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 pada awal Setember lalu tetapi ditahan semula selepas bebeberapa jam membayar ikat jamin.

Dia kemudian diarah ditahan di Pusat Tahanan Ayer Molek, Johor Bahru sehingga kes perbicaraannya selesai.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.