Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.
Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).
"Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan mengenai masalah guru YIK yang mendakwa berlakunya tunggakan caruman kepada agensi pencarum.
Fadzli berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa pelan bagi mengatasi masalah tunggakan itu, namun setakat ini masih gagal dilaksanakan.
"Kerajaan negeri masih belum menerima keuntungan pelaburan sebanyak RM10 juta daripada anak syarikat milik kerajaan negeri, namun kami ambil tindakan terhadap pihak yang bekerjsama dengan kita itu.
"Selain itu, kerajaan negeri membuat bayaran sebanyak RM2 juta kepada pihak berkaitan bagi mengurangkan jumlah tunggakan," katanya. Dalam pada itu, Alwi ketika ditemui di luar dewan berkata alasan dikemukakan oleh kerajaan negeri adalah meragukan kerana kerajaan persekutuan sentiasa memberi bantuan terhadap Kelantan terutama dari segi belanja mengurus.
"Alasan yang diberi itu agak meragukan saya kerana dia kata duit pembangunan tiba-tiba jadi tinggi, kemudian kerana pelaburan tak menjadi.
"Sudah 10 tahun kerajaan persekutuan beri bantuan kepada Kelantan untuk belanja mengurus. Tahun ini sahaja sebanyak RM85 juta (untuk belanja mengurus)," katanya.
Beliau turut menyarankan agar kesemua 16 sekolah agama di bawah seliaan YIK didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri, sekaligus membela nasib guru di sekolah berkenaan. – Bernama, 2 November, 2015.
~ sumber Komen al-Husseyn :
Alasan yg diberikan oleh Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan itu bukan sahaja amat meragukan, malah amat jelek!
Tidak masuk akal langsung kerana gaji dipotong saban bulan, namun caruman tidak dibuat kepada agensi yang terlibat.
Apa masalahnya kalau ini bukan bukti penyelewengan dan tidak amanah!
Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi terlibat sehingga menjadi tertunggak.
Gaji dipotong saban bulan, namun caruman tidak dibuat kepada agensi yang terlibat.
Kerajaan negeri sanggup membelanjakan wang yang banyak di waktu pertukaran wang menjunam, dengan lawatan 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini ke Jepun.
Bukankah lebih baik wang yang sebanyak itu digunakan untuk menjelaskan tunggakan caruman?
Tiga Exco Kelantan sanggup menyumbang sebanyak RM300,000 kepada Pemuda PAS baru-baru ini bagi membiayai Himpunan 10K di Pasir Puteh.Tapi mereka tidak sanggup untuk membayar tunggakan tersebut.
AMANAH PROGRESIF DAN PEDULI.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.