Adun Pas P. Pinang tetap sokong Guan Eng
Salleh Man berjabat tangan dengan Guan Eng
pada sidang media di Komtar, Pulau Pinang hari ini.
GEORGETOWN
- Adun tunggal Pas di Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man menyatakan
sokongan terbuka dan berterusan terhadap Kerajaan Negeri Pakatan
Harapan.
Adun
Permatang Pasir itu turut menyokong dan akan terus membela Ketua
Menteri, Lim Guan Eng atas semangat kerjasama dalam pakatan itu.
Kemenangan saya adalah atas semangat kerjasama PR.
"Oleh
itu, saya akan terus berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat di Dun
Permatang Pasir dan mendoakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah
kepimpinan Pakatan Harapan lebih maju," katanya pada sidang media di
pejabat Ketua Menteri di Komtar, hari ini.
Beliau
berkata demikian sebagai menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa
Inggeris yang melaporkan 'Penang Pas rep 'wont' support state gov'.
Menurutnya, beliau tidak pernah ditemuramah oleh mana-mana wartawan dari akhbar berkenaan untuk mendapatkan kenyataan itu.
"Saya
menyifatkan laporan akhbar bertarikh 31 Oktober itu bersifat fitnah
semata-mata. Justeru, saya meminta akhbar itu untuk menarik balik
kenyataan tersebut dengan segera," katanya.
Bagaimanapun,
dalam sidang media itu, Mohd Salleh terus mengelak dari menjawab
sebarang pertanyaan dari wakil media dengan alasan kesuntukan masa bagi
menghadiri mesyuarat dan urusan lain.
Sebaliknya,
beliau meminta mereka merujuk dan mengikut teks yang terdapat dalam
kenyataan medianya dengan alasan tiada kenyataan tambahan yang akan
diberikan..
Beberapa
bulan lalu, Salleh Man yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menegaskan setia bersama Pas dan sesekali
tidak akan meninggalkannya.
"Saya
akan tetap bersama Pas untuk meneruskan perjuangan dalam politik.
Setakat ini, saya tidak ada niat untuknya meninggalkan Pas dan menyertai
parti lain.
"Tidak
terlintas dalam hati untuk keluar Pas dan masuk parti lain. "Saya akan
teruskan perjuangan dengan Pas walau apa pun yang terjadi," katanya
ketika ditanya media kemungkinan menyertai parti baharu yang akan
digerakkan oleh bekas pemimpin Pas yang kalah dalam pemilihan parti
baru-baru ini.
Parti itu kini didaftarkan sebagai Parti Amanah Negara dan dterajui Mohamad Sabu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.