PETALING JAYA: Sayap
Pemuda PAS menempelak Lim Guan Eng berhubung dakwaan berpanjangan
Setiausaha Agung DAP itu kononnya PAS dan Umno akan bergabung.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, DAP
sengaja menggunakan isu berkenaan sebagai senjata untuk 'menyerang'
parti Islam itu yang kini bergerak sendirian.
"Hampir tujuh tahun berlalu, gosip PAS bergabung dengan Umno dimainkan. Namun PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan Guan Eng.
"Hampir tujuh tahun berlalu, gosip PAS bergabung dengan Umno dimainkan. Namun PAS kekal istiqmah dengan perjuangannya tanpa sedikit pun ruang untuk bergabung dengan Umno seperti yang dicita-citakan Guan Eng.
"PAS amat jelas dan faham akan tahap meroyan Guan Eng yang dilihat masih kecewa kerana impiannya untuk melihat Presiden PAS dijatuhkan dalam muktamar lepas melalui rakan-rakan politiknya dalam Parti Amanah Negara sekarang telah menemui kegagalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Selain itu menurut Khairil Nizam, serangan tanpa henti DAP terhadap PAS juga didorong oleh dendam dalam isu pemilihan menteri besar Selangor.
"Kini mereka mahu membuang PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Sepanjang tujuh tahun difitnah, PAS kekal bersama mempertahankan kerajaan Selangor, berjuang mempertahankan kerajaan Perak yang digulingkan dan menyokong dasar-dasar positif kerajaan Pulau Pinang.
"Namun semua itu mereka padamkan daripada sejarah hanya kerana dendam selepas PAS menolak calon menteri besar Selangor pilihan DAP dan PKR," katanya.
Dalam pada itu Khairil Nizam turut mencabar DAP supaya bersemuka dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang seperti yang disuarakan oleh segelintir pemimpin parti berkenaan.
"Marilah bertanding demi melunaskan dendam kesumat. Penyakit orang gila seperti ini yang hanya mementingkan diri sendiri hingga membelakangkan kehendak rakyat seperti dalam isu menteri besar Selangor bakal memberikan kerugian kepada diri mereka sendiri dan secara tidak langsung memberikan keuntungan kepada Umno dan BN.
"DAP jelas tiada isu nak dibangkitkan untuk menyerang PAS melainkan gosip PAS bergabung dengan Umno," katanya. (mStar)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.