Followers

Sunday, November 8, 2015

Debat 1MDB: Rafizi dakwa Arul cuba elak diri FMT Reporters


arul and rafizi

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Arul akan mencari apa sahaja alasan bagi tujuan itu.

PETALING JAYA: Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda dikatakan mengelak untuk berdebat berhubung syarikat pelaburan negara itu kerana tahu ia akan memakan dirinya.


Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Arul akan mencari apa sahaja alasan bagi tujuan itu.
“Isu 1MDB ini tidak boleh dipertahankan oleh mana-mana eksekutif kepimpinan BN jadi kalaupun dibawa pendebat yang terbaik daripada 1MDB, itu pun tidak memberi kelebihan kepada mereka, kerana banyak kepincangan yang telah berlaku di dalam 1MDB.

“Sebab itu bagi saya Arul Kanda tidak berani berdebat kerana dia tahu dalam ‎ satu debat terbuka disiar secara langsung sukar untuk dia pertahankan 1MDB apabila soalan mudah yang bersabit dengan ekonomi dan kesan 1MDB kepada rakyat mula dihuraikan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Online.

Katanya lagi, dia tidak nampak Arul akan berani berdepan dengannya dan akan berani tampil berdebat sekiranya didesak dengan undang-undang.

Presiden 1MDB itu sebelum ini berkata, debat hanya boleh dilaksanakan selepas pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), mengambil kira keputusan yang diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.