Followers

Sunday, November 8, 2015

Anak Najib bantah haram vape FMT Reporters


Mohd-Nazifuddin-Najib

Mohd Nazifuddin berkata dia akan memberi galakan kepada usahawan muda yang terbabit dalam industri vape

KUALA LUMPUR: Industri vape mampu memberi kesan baik kepada negara terutama kepada usahawan muda di negara ini.

Atas faktor itu, anak lelaki Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Najib berkata, dia tidak bersetuju sekiranya penggunaan vape diharamkan kerajaan.

“Saya berharap industri ini (vape) akan terus berkembang di Malaysia. Saya tidak setuju sekiranya penggunaan vape diharamkan.

“Banyak produk vape yang terbaik datang daripada usahawan muda tempatan yang ada kreativiti dan inovasi,jadi saya akan beri galakan kepada mereka,” katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebooknya pada Rabu lalu.

Pada 30 Oktober lalu, kabinet mengambil keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam mencadangkan supaya penggunaannya diharamkan.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.