Followers

Friday, November 6, 2015

Debat 1MDB buang masa - PERKASA Shakira Buang.


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menyifatkan debat pemimpin pembangkang dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkaitan isu syarikat sarat hutang itu sebagai membuang masa.

Ini kerana, NGO pendesak Melayu itu mendakwa debat berkenaan tidak akan menyelesaikan isu 1MDB.

"Bagi PERKASA senang saja semua debat tak selesaikan masalah dan buang masa.

"Yang terbaik dalam isu 1MDB ini adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), " kata presidennya Datuk Ibrahim Ali dalam sidang medianya sebentar tadi.

Kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau sendiri tidak akan menghabiskan masa untuk menunggu debat antara Pua dengan Arul Kanda.

"Saya tahu benda (debat) ini tak akan jadi.

"Inilah yang berlaku dalam Malaysia dari dulu lagi. Sebab itu saya tak nak komen. Buang masa saya," katanya.

Rafizi sebagai ganti

Mengulas ugutan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu meletakkan jawatan jika debat itu diteruskan, Ibrahim berkata, persoalan itu juga tidak mahu disentuhnya kerana ia membabitkan isu peribadi.

Anggota Parlimen DAP, Tony Pua minggu lalu menawarkan diri berdebat dengan Arul Kanda bagi membahaskan isu syarikat sarat tanggungan hutang, 1MDB.

Bagaimanapun, Arul Kanda kemudiannya berkata beliau hanya akan menerima cabaran itu jika pemimpin DAP itu meletakkan jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Namun, Presiden 1MDB itu menarik balik syaratnya kemudian dan bersetuju untuk debat secara langsung.

Hasrat itu sekali lagi 'terhalang' ekoran arahan Pandikar supaya Pua berundur dari PAC atau menarik diri daripada siasatan jawatankuasa itu terhadap 1MDB jika mahu berdebat dengan Arul Kanda.

Kegagalan Pua meletak jawatan dari PAC dan meneruskan debat akan memungkinkan Pandikar pula meletak jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Berikutan itu, Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa Rafizi akan menggantikan Pua dalam perbahasan.


Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.